Jangan Share Jika Tak Mahu Bahan Di Kongsi


Jangan Share Jika Tak Mahu Di Kongsi. Sekarang ini blog saya kurang membuat perkongsian ilmu walaupun pelbagai ilmu yang ada untuk dikongsi kepada umum. Kenapa ya? Sebenarnya saya mendapat mesej/amaran akan dikenakan tindakan saman kerana SHARE bahan yang mempunyai copyright. Sebenarnya saya  tidak tahu bahawa bahan tersebut mempunyai copyright kerana saya mengambil bahan tersebut di salah sebuah blog dengan kebenaran. Tetapi blog tersebut rupanya tidak mempunyai kebenaran untuk SHARE bahan tersebut dari pemilik sebenar bahan tersebut. Jadi,dengan saya sekali  terbabit dalam isu ini. Mujur dengan pantas, saya telah padam entry tersebut.



Sebenarnya entri tersebut adalah tentang sumber bahan didikan untuk pelajar dalam bentuk softcopy yang dijual dengan harga tertentu. Apa-apapun saya telah meminta maaf dengan owner bahan tersebut. Sekarang ini, saya telah belajar dari kesilapan. Bagi pendapat saya, pada zaman sekarang, nak sampaikan ilmu pun memerlukan duit. Betul tak? Kalaulah huruf-huruf dalam Al-Quran tidak dapat dicopy dan dishare dari zaman dahulu, tidak mungkin kita akan kenal dengan huruf-huruf tersebut pada zaman sekarang.

p/s:Apa yang saya belajar dari kes ini ialah jika kita rasa ilmu tu hanya untuk diri sendiri, jangan lah cuba SHARE bahan tersebut melalui media sosial


Bak kata pepatah orang Inggeris "Knowledge to be share with others"

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url