Serangan Virus Ransomware WannaCry


Beberapa hari ni kecoh dengan Serangan Virus Ransomware WannaCry di seluruh dunia dan tidak terkecuali di Malaysia. Serangan ini bermula pada hari jumaat yang lepas di seluruh dunia.  

Ransomware adalah virus yang akan masuk melalui komputer yang bersambung dengan internet. Website, server dan pc akan di godam (hack). Ransomware akan menyekat segala fail dan dokumen yang ada di dalam komputer dan menyebabkan pengguna tidak dapat mengakses file tersebut. Malware ini kemudiannya akan meminta pengguna membayar duit sebelum fail dapat di akses semula. 


Bagi mengelakkan serangan Ransomware ini, perkara yang perlu dilakukan ialah

1. Backup data penting secara online/tidak online
2. Update system security window
3. Matikan sambungan internet/LAN
4. Jangan aktifkan fungsi macros
5. Update antivirus terbaru

Untuk sebarang maklumat cara mencegah Ransomware ini, sila ke www.nomoreransom.org




Baca juga Langkah menghalang serangan Ransomware WannaCry 


 - Huzaini Ismail -
Previous Post Next Post