Bisnes Bundle Modal Rendah Hasil Lumayan

shares


Bisnes Bundle Modal Rendah Hasil Lumayan. Dunia Bundle sudah bertapak di Malaysia sekian lama. Pelbagai barangan bundle seperti baju, seluar, kasut, alat permainan dan sebagainya telah memonopoli dunia perniagaan rakyat Malaysia sekian lama. Permintaan yang tinggi terhadap barangan terpakai atau dipanggil bundle memberi peluang kepada rakyat tempatan menceburi dunia bundle ini.

Tambahan lagi dengan adanya platform media sosial seperti facebook, twitter dan instagram, ramai yang menggunakan peluang ini untuk membuka kedai bundle tanpa menyewa premis perniagaan. Ini bermakna, kita tak perlu lagi pening kepala fikirkan tentang kos sewa premis, bil eletrik, dan sebagainya.

Modal rendah, hasil lumayan


Sebagai permulaan untuk membuka kedai bundle dengan hanya modal rendah, perniagaan atas talian (online) telah menjadi pilihan kepada yang baru ingin menceburi perniagaan bundle ini. Oleh itu, kita boleh fokus 100% untuk berbisnes secara online.

Apa yang menarik dengan membuka kedai bundle ini, kita boleh berniaga secara separuh masa (part-time) atau secara sepenuh masa (full-time). Jika kita ada pekerjaan tetap, kita boleh jadikan kedai buncle ini sebagai satu hobi untuk mengisi masa lapang.Sambil buat kerja tetap, sambil buat bisnes bundle. Kalau korang rajin, korang akan dapat hasil. Kena masa, banyak untung yang korang boleh buat.

Pelbagai jenis kedai bundle yang ada. Ada juga kedai bundle premium yang menjual barangan eklusif sehingga item yang dijual mencecah puluhan ribu dan memberi pulagan yang lumayan. Pelbagai stok bundle (bale/guni) yang diperolehi dari US, Jepun, Korea dan sebagainya. Barangan ini semestinya berkualiti dan original.

Kedai bundle ini, bukan sahaja diminati oleh golongan yang biasa2 sahaja, tetapi diminati oleh pelbagai golongan kerana kualiti yang ditawarkan setanding dengan yang baru. Semakin vintage pakaian bundle, harganya semakin mahal.

Saya percaya, rezeki korang murah bila korang berusaha sebaik mungkin dengan memulakan kedai bundle sama ada secara online atau pun tidak. Yang penting, korang bertindak laju-laju. Perkongsian pengalaman dari pakar-pakar bundle boleh dijadikan inspirasi kepada mana-mana yang berminat untuk membuka kedai bundle dengan harga rendah. Boleh dapatkan ebook di sini LubukBundle



Tips Mula Bisnes Bundle


Saya kongsikan  tips bagi sesiapa yang baru berjinak-jinak untuk membuka kedai bundle secara online

#1 – Buka akaun facebook dan cipta branding kedai bundle online kita. Contoh " Wan Bundle", Gila Bundle dan sebagainya
.
#2 – Daftar perniagaan anda di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Dengan adanya pendaftaran dengan SSM akan meningkatkan tahap kepercayaan pembeli terhadap kedai online kita
.
#3 – Order barang mengikut budget anda...keluarkan modal yang sedikit untuk membeli bale/guni bundle. Berhati-hati dalam memilih supplier.
.
#4 – Mula berniaga dengan membuat promosi di facebook. Join group-group bisnes untuk membuat promosi barangan yang ingin kita jual.
.
#5 – Stabilkan perniagaan anda. Jika sales tak bagus, perhebatkan lagi promosi pada 3 bulan seterusnya dan perbaiki kelemahan yang ada.
.
Anda nak dapatkan panduan lengkap cara buat duit dengan pakaian bundle? Klik link ini sekarang LubukBundle





Related Posts

14 Comments:

  1. Terima kasih di atas perkongsian ini.
    InsyaAllah akan membantu pada yang berkeinginan untuk berniaga dan menambah pendapatan keluarga.

    ReplyDelete
  2. SEBELAh kedai saya ada kedai bundle. Memang nampak menggalakkan sebab dia buka sepanjang mlam (sebelah malam je beroperasi) tapi ramai betul pelanggan dia

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, terima kasih sudi berkongsi dengan kami.. Perkongsian yang amat menarik.
    Betul memang perniagaan bundle dimalaysia nampak mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia!

    ReplyDelete
  4. Bundle dan rakyat memang tak dapat dipisahkan. Paling penting kualiti terbaik harga menjunam murah. Orang memang suka. Berbaloi-baloi.

    ReplyDelete
  5. Bundle bukan barangan lusuh. Tetapi ia brand juga. Naim pun pilih barangan bundle. kalo original mahai x mampu milik

    ReplyDelete
  6. I pun Ada try shop kedai bundle ni. Kalau pandai pilih it's a good and worth buy. Great tips u listed here and bagus untuk reference kawan kawan yg berminat nak berniaga.

    ReplyDelete
  7. baru je semalam jumpa kasut buruk harga 1500! Lain macam value barang bundle ni. No wonder lah makin ramai yang join business bundle. Lagi best kalau jual bundle jenis vintage

    ReplyDelete
  8. Ada juga dengar pasal hal ni. Kalau nak buat business bundle ni modal tak tinggi mana pun tapi keuntungannya besar sebab orang selalu akan cari pakaian kat kedai bundle kan

    ReplyDelete
  9. Business bundle ni untung kalau pandai ber business. Modal rendah tapi ada sesetengah orang sanggup je beli harga tinggi (masih dalam range yang rendah). Kalau baarang cantik lagi senang balik modal.

    ReplyDelete
  10. Kita suka beli barangan bundle. Kebiasaanya semua nya masib baik kualiti. Ada tu yang belum pakai masih ada price tag lagi. Kena bijak memilih dan berbelanja. Ye laaa... Kita bukan golongan hado hado maka. Bundle pilihan terbaik untuk barangan branded yang berkualiti. Thanks sharing...

    ReplyDelete
  11. baju bundle pun kebanyakannya cantik..takdela bundle buruk sangat kan..kadang nad suka beli barang bundle ni sebba murah..

    ReplyDelete
  12. Teringat masa zaman belajar dekat uni dulu. Buat part time jual baju bundle online. Ramai jugak pembeli sebab bundle ada peminat dia tersendiri. Boleh la buat belanja sikit2 bila duit tak cukup.

    ReplyDelete
  13. BANYAK DAH KAN KEDAI BUNDLE SEKARANG NI. BAGI PEMINAT BUNDLE MESTI DORANG SUKA BILA BANYAK KEDAI BUNDLE NI. JIMAT DAN PAKAIAN MASIH ELOKKAN.

    ReplyDelete
  14. Saya perhatikan kedai bundle macam makin bertambah kat JB.

    ReplyDelete