Program MyLesen B2 2023 – Bantuan Lesen Percuma

Bantuan Lesen Memandu atau MyLesen B2 adalah bantuan yang diberikan kepada golongan B40 di seluruh negara. Melalui bantuan ini, golongan yang layak akan mendapatkan lesen motosikal secara percuma.

Segala kos dalam membuat lesen akan ditanggung oleh Kerajaan di bawah Belanjawan Madani 2023.

Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menjana pendapatan.

Cara Pendaftaran MyLesen B2

Untuk mendaftar, sila rujuk pihak JPJ Negeri masing-masing kerana tarikh pendaftaran setiap negeri adalah berbeza.

Program MyLesen B2 (Melaka)

Pendaftaran Program MYLesen B2 negeri Melaka bagi tahun 2023 telah dibuka. Tuan/puan boleh hadir ke JPJ Negeri yang berhampiran bersama dokumen untuk pendaftaran jika memenuhi syarat -syarat asas yang ditetapkan seperti di infografik.

mylesen b2 melaka

Syarat -syarat penyertaan MyLesen B2

Syarat kelayakan dan permohonan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu
  • Bebas daripada senarai hitam (JPJ, PDRM, & Mahkamah)
  • Penerima bantuan kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN) dan Golongan B40
  • Tanggungan kepada penerima bantuan layak memohon

*Sila kemukakan dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan.

Program MyLesen B2 Perak

Pendaftaran Program MYLesen B2 bagi negeri Perak  tahun 2023 telah dibuka. Tuan/puan boleh hadir ke JPJ Negeri Perak dan JPJ yang berhampiran bersama dokumen untuk pendaftaran jika memenuhi syarat -syarat asas yang ditetapkan seperti di infografik.

mylesen b2 perak

Orang ramai yang berminat untuk mendaftar program MyLesen bagi negeri Perak bolehlah Scan QR Code untuk muat turun borang. Dan kembalikan borang sebelum jam 5 petang 21 Julai 2023.

Program MyLesen B2 Pahang

Pendaftaran Program MYLesen B2 negeri Pahang bagi tahun 2023 telah dibuka. Tarikh permohonan bagi program ini di peringkat negeri Pahang adalah seperti berikut:

  • Penyertaan dibuka : 10 Julai 2023
  • Penyertaan ditutup : 21 Julai 2023

mylesen b2 pahang

Semoga info ini memberi manfaat kepada orang ramai yang berminat untuk mendaftar dalam program bantuan lesen memandu (B2).


Previous Post Next Post