Dunia Blog Tak Semanis Dahulu

menulis blog


Sedar tak sedar dah hampir 14 tahun kickstory berkecimpung dalam bidang penulisan blog. Blog ini adalah memori bagi kicktory dalam penulisan. Kebanyakkan penulisan kicktory berkisarkan pendidikan, gaya hidup, perkongsian peribadi dan macam-macam. Boleh dikatakan blog ini adalah blog rojak.. 

Ramai rakan seangkatan yang menjadi blogger suatu ketika dahulu sudah berhenti menulis. Mungkin kesibukkan menguruskan hal masing-masing membuatkan mereka tidak lagi menulis. 

Seingat kickstory, banyak blogger-blogger suatu ketika dahulu seperti Just Khai, Ben Ashaari, Hairul Hassan, Cik Epal dan sebagainya. Masih ada diantara mereka yang masih menulis blog dan ada juga dikalangan mereka sudah tidak lagi menulis blog.

Dunia blog tak semanis dahulu

Tapi apa nak buat kan sebab peredaran zaman, dunia blog tidak lagi seindah dan semanis dulu. Dulu memang best apabila menjelajah ke blog rakan-rakan blogger. Ada juga rakan-rakan blogger menganjurkan blogwalking dan sebagainya.

Dulu juga, seawal kemunculan Lazada di Malaysia, pihak lazada selalu mengadakan contest menulis blog. Ramai rakan-rakan blogger join peraduan Lazada tu. Tapi apakan daya kan, semua tu dah jadi kenangan. Senarai blogger contest oleh Lazada

Ramai dah berhijrah ke media sosial

Sekarang ni zaman kegemilangan blog boleh dikatakan sudah habis dan tidak releven. Ramai sudah berhijrah ke  media sosial seperti Facebook, Instagram, Tik Tok dan sebagainya.

Bila kicktory membuka url kawan-kawan blogger dulu, boleh dikatakan url mereka semua  dah tak wujud lagi. Sedih kan...

Baca Senarai blogwalking oleh kickstory

Ambil alih blog 

Ramai rakan blogger suatu ketika dahulu yang menulis dalam pelbagai platform seperti blogspot, wordpress telah menjual blog mereka kepada pihak-pihak yang berminat kerana tidak lagi menulis. 

Tahniah pada yang masih setia menulis blog. Bukan mudah untuk maintain menulis blog terutamanya sekarang ramai yang menulis kerana ingin menjana pendapatan menerusi Google Adsense dan paid review.

Next Post Previous Post
1 Comments
  • Miss MuLaN
    Miss MuLaN July 24, 2023

    setuju, dunia blog dah tak semeriah dulu, dulu time kerja mmg x sempat nak update blog, ni baru sempat continue untuk berblog semula. Tapi tulaa google adsense pula yg slow melow lepas dah lama tinggalkan blog

Add Comment
comment url