Lebih Mudah Bayar Zakat Online MAIK

e-fitrah MAIK

Alhamduilillah kita sudah hampir selesai menunaikan ibadah puasa pada tahun ini. Sedih rasanya kerana Ramadan bakal meninggalkan kita tidak lama lagi. Jangan lupa kepada yang masih belum membayar zakat fitrah pada tahun ini boleh lah berbuat sedemikian.

Sudah masuk tahun keempat saya pindah ke Kelantan dan selama empat tahun juga saya membayar zakat fitrah secara online melalui MAIK E-Fitrah. Kemudahan yang disediakan oleh pihak MAIK ini sangat lah mudah bagi saya yang tidak berkesempatan membayar zakat fitrah secara manual.

Bagi kemudahan membayar zakat fitrah, pihak MAIK telah menyediakan sistem e-fitrah yang boleh diakses melalui laman web atau MyMAIK Apps yang boleh dimuat turun di playstore.

Di samping pembayaran zakat fitrah yang mudah, pihak MAIK juga telah menyediakan kemudahan kepada pembayar zakat untuk menyemak penyata pembayaran zakat fitrah. Sebelum membuat semakan penyata, pengguna perlu mendaftar dahulu 

Hari ini saya ingin kongsikan cara untuk membayar zakat fitrah secara online melalui e-fitrah. Teruskan membaca

Cara Bayar Zakat Fitrah Online MAIK

  1. Buka laman web MAIK atau https://efitrah.e-maik.my/
  2. Isi Maklumat Pembayar, Butir Pembayar, Maklumat Zakat, pilih Cara Bayar dan seterusnya klik Teruskan Bayaran
  3. Selesai dan bolehlah simpan atau cetak resit pembayaran.

Kaedah Bayaran e-Fitrah MAIK

Anda boleh membuat bayaran e-Fitrah melalui 3 kaedah iaitu:
  1. FPX Internet Banking (B2C)
  2. Perbankan Internet (Melalui JomPAY)
  3. Kredit Kad/MIGS-Visa & Master Kad

Semak Penyata Pembayaran Zakat 

  1. Buka http://epembayar.e-maik.my/
  2. Daftar pengguna
  3. Klik Zakat dan Penyata Zakat
  4. Pilih tahun dan cetak penyata zakat untuk simpanan

Previous Post Next Post