Info Pantas? Join facebook kami Kickstory Join Now!

Cara Dapatkan Resit Shopee Untuk LHDN

Cara dapatkan resit barangan yang dibeli di platform shopee untuk pelepasan cukai LHDN dan disimpan untuk tujuan audit oleh LHDN
Admin
resit shopee lhdn

Setiap tahun seperti biasa, bulan April adalah bulan untuk mengisi tafsiran cukai pendapatan. Perlu diingatkan bahawa pembayar cukai perlu menyimpan resit atau bukti pembelian sekurang-kurangnya 5 tahun untuk diaudit.

Ramai pembayar cukai membeli barangan melalui platform online shopping seperti shopee, lazada dan sebagainya. Pembayar cukai yang pernah membeli barangan melalui online sebenarnya boleh mendapatkan resit atau invoice barangan yang dibeli untuk simpanan LHDN.

Hari ini admin ingin kongsikan cara untuk mendapatkan invoice melalui platform Shopee untuk simpanan bagi mendapatkan pelepasan cukai apabila kita membeli barangan seperti telefon, laptop atau peralatan kesihatan yang boleh pelepasan cukai

Cara dapatkan resit shopee

1. Buka Apps SHOPEE, klik My Purchases. Pilih barangan/item yang kita perlukan resit /invoces. Klik pada barangan tersebut. 
resit shopee lhdn

2. Order details akan terpapar dan seterusnya klik VIEW pada bahagian bawah. 

resit shopee lhdn

3. Selepas invoice terpapar, klik pada SEND. Invoice akan dihantar menerusi email shopee yang didaftarkan.


resit shopee lhdn
4. Email invoice dari shopee akan diterima. Bolehlah print dan disimpan dalam fail untuk persediaan jika diaudit oleh LHDN. 

resit shopee lhdn

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat. Jangan lupa share


Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.