Kenapa Pendapatan Adsense Menurun?

adsense menurun

Masihkan anda menggunakan blog sebagai salah satu medium untuk menjana pendapatan sampingan melalui google adsense? Jika ya, mungkin anda perasan atau hanya saya seorang sahaja perasan bahawa pendapatan atau penghasilan melalui adsense semakin menurun.

Tidak dapat dipastikan mengapa sejak kebelakangan ini, pendapatan adsense di blog saya semakin menurun. Mungkin rakan-rakan blogger yang lain boleh berkongsi pendapat masing-masing diruangan komen di bawah.

Selepas membuat serba sedikit kajian berkaitan dengan pendapatan adsense yang semakin menurun di blog saya, saya boleh simpulkan bahawa 

Trafik blog semakin berkurang

Sudah sedia maklum bahawa trafik blog memainkan peranan yang penting dalam menentukan pendapatan dan penghasilan duit melalui google adsene. Jumlah pelawat di blog sama ada 1000 pelawat berbanding dengan 2000  pelawat setiap hari banyak mempengaruhi perbezaan pendapatan. 

Oleh itu, adalah penting bagi seorang blogger untuk berusaha meningkatkan trafik ke blog melalui beberapa pelbagai cara. Setelah diselidik, trafik ke blog saya semakin menurun mungkin kerana;

  • Perubahan algoritma 
  • Artikel jarang di cari 
  • Artikel sudah tidak berada di ranking pertama enjin pencarian 
  • Kurang berkongsi artikel atau url melalui media sosial yang lain

Bermula pada artikel ini ditulis, saya akan berusaha untuk meningkatkan trafik ke blog dengan menggunakan pelbagai cara seperti berkongsi artikel melalui facebook, tingkatkan penulisan artikel sekurang-kurangnya 2 artikel setiap hari. 

Saya akan update keberkesanan cara yang digunakan selepas 2 minggu saya menggunakan kaedah ini. 

Artikel tiada kata kunci bernilai tinggi 

Melalui penelitian yang saya lakukan, saya juga boleh simpulkan bahawa pendapatan adsense yang semakin berkurangan kerana artikel saya tiada kata kunci yang bernilai tinggi untuk menarik trafic ke blog saya. 

Kurang update blog

Ya, saya memang akui bahawa sejak akhir-akhir ini saya jarang update blog kerana kesibukan. Bagi meningkatkan jumlah pendapatan adsense saya akan cuba update blog saya sekerap mungkin dengan menghasilkan artikel yang relevan. 


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post