Tempat Menarik di Terengganu

Cuti sempena Deepavali yang lalu sangat pendek, maka admin dan keluarga hanya sempat berjalan-jalan di sekitar bandar Kuala Terengganu sahaja kerana cuti yang ada sangat singkat.

Terengganu, dipilih sebagai tempat untuk menghabiskan cuti yang ada pada kali ini kerana Terengganu lebih dekat dengan Kelantan. Jarak perjalanan menaiki kereta tidak lah berasa begitu jauh berbanding negeri-negeri pelancongan yang lain.

Sudah sedia maklum bahawa, Terengganu adalah salah satu negeri yang paling wajib dilawati di Malaysia. Terengganu mempunyai banyak pulau-pulau, pantai-pantai yang menarik, hutan yang masih terpelihara serta memiliki banyak bangunan yang menarik di Malaysia dan boleh dijadikan sebagai destinasi paling utama untuk dituju bila tiba musim cuti.

Aneka makanan tradisional seperti keropok lekor, nasi dagang dan sebagainya menjadi daya penarik kepada sesiapa sahaja yang singgah ke Terengganu tidak terkecuali admin. 

Banyak tempat yang menarik di Terengganu tetapi admin tidak sempat berkunjung kerana tidak cukup masa. Cuti sekolah yang panjang nanti admin akan singgah lagi di Terengganu bagi melawat tempat-tempat yang menarik di Terengganu.

Antara tempat yang sempat admin singgah semasa bercuti di Terengganu sempena cuti Deepavali ialah Masjid Kristal, Pantai Kelulut, Pameran Dinasour di Dataran Shah Bandar, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT).

masjid kristal

Cuti sekolah yang akan datang, admin akan cuba berkunjung ke tempat-tempat menarik yang lain di Terengganu. Antara tempat menarik di Terengganu yang masuk dalam wishlist admin ialah

  1. Kenyir Water Park
  2. Pasar Besar Kedai Payang
  3. Air Terjun Sekayu
  4. Muzium Negeri Terengganu
  5. Pantai Teluk Ketapang
  6. Pusat Santuari Penyu Rantau Abang
  7. Pantai Batu Buruk

Sekirangnya korang ada cadangan tempat lain yang menarik di Terengganu, jangan lupa komen di bawah ya. 

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url