Semakan Daftar Pemilih MySPR Semak

semakan daftar pemilih


Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU 15) akan dijalankan tidak lama lagi. Sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih bagi menunaikan tanggungjawab anda kepada negara? 

Warganegara yang layak untuk mengundi diberi hak untuk memilih sesiapa yang layak untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan DewanUndangan Negeri.

Sebelum seseorang dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih. Individu yang tidak mendaftarkan diri sebagai pemilih tidak dibenarkan mengundi.

Bagi memilih wakil rakyat yang boleh menjamin masa depan negara, adalah menjadi tanggungjawab rakyat untuk memilih wakil rakyat yang benar-benar berkaliber dari pelbagai aspek. Sebelum mengundi, pastikan anda menyemak maklumat daftar pemilih melalui portal MySPR.

Dikongsikan dengan lebih lanjut tentang kaedah membuat semakan daftar pemilih melalui portal MySPR Semak

  1. Layari portal https://mysprsemak.spr.gov.my
  2. Tekan pilihan “Semakan Daftar Pemilih”.
  3. Isikan nombor kad pengenalan 12 angka.
  4. Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran anda.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia.

Previous Post Next Post


Contact Form