Permohonan Jawatan Kosong Melalui eSPAJ

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) melalui hebahan facebook, permohonan jawatan kosong pada masa ini mestilah melalui sistem online eSPAJ sahaja.

Apa itu eSPAJ?

eSPAJ ialah sistem pendaftaran dan permohonan pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (eSPAJ) merupakan penambahbaikan daripada sistem sedia ada iaitu Johorcareer.

eSPAJ dibangunkan dengan intergriti pelbagai jabatan dan agensi yang berkaitan bagi meningkatkan intergriti maklumat peribadi dan akademik.

Pendaftaran pengguna sistem eSPAJ

  1. Layari laman https://espaj.johor.gov.my
  2. Klik daftar pemohon
  3. Isi maklumat  yang diperlukan
  4. Klik daftar pengguna
  5. Periksa peti masuk emel atau SMS dan klik pautan yang disediakan untuk pengesahan akaun
  6. Pendaftaran akaun pengguna telah berjaya
spaj


Manual Permohonan Jawatan

  1. Layari laman https://espaj.johor.gov.my
  2. Isi maklumat akaun pengguna dan klik log masuk
  3. Klik borang SPAJ.02.Online pada pilihan menu di bahagian kanan skrin
  4. Isi maklumat yang diperlukan dalam borang SPAJ.02.Online
  5. Di perakuan pemohon sila tandakan (/) pada ruangan "saya setuju" dan klik "selesai"
  6. Klik iklan jawatan kosong
  7. Klik maklumat lanjut
  8. Baca maklumat mengenai jawatan dan klik mohon
  9. klik hantar
  10. Permohonan jawatan telah berjaya dihantar
spaj

spaj

spaj



Sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post