Program Baucar RM75 Perlindungan Tenang (PTV)

ptv 2022


Program Perlindungan Tenang (PTV) adalah skim bantuan kewangan untuk memperluas perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah


Melalui program ini, baucar RM75 diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 yang layak bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen


Bermula pada 1 Januari 2022, baucar RM75 diperuntukkan untuk penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang layak untuk membeli/menyertai produk Perlindungan Tenang atau memperbaharui pelan Perlindungan Tenang yang sedia ada.


Penerima BKM juga dibenarkan untuk menebus baucar RM75 untuk pembelian insurans/takaful motor komprehensif untuk motosikal 150cc dan ke bawah (dibawah Fasa 2 PTV, butiran lanjut akan diumumkan kelak)


Kelayakan Memohon PTV

Program ini terbuka kepada penerima BKM yang layak untuk kategori isi rumah, bujang dan warga emas:

ptv 2022


Cara Untuk Menebus Baucar PTV


Semak Kelayakan

Kaedah 1 - Penyemakkan atas talian:

  1. Layari laman web MyPTV;
  2. Masukkan maklumat Nombor Kad Pengenalan (NRIC) anda dan tandakan tik (/) di “YA, SAYA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI NOTIS PRIVASI” dan “Saya bukan robot”;
  3. Klik butang “Cari” dan jika anda layak untuk program baucar, anda kan menerima kod baucar yang unik dalam mesej seterusnya
  4. Semak di sini Semak Sini


Kaedah 2 - Penyemakkan di kaunter:

  1. Kunjungi mana-mana cawangan atau ejen/pengedar syarikat insurans / pengendali takaful yang sah yang menawarkan produk Perlindungan Tenang untuk menyemak kelayakan anda.


Untuk menebus baucar:


Kaedah 1 - Penebusan baucar untuk pembelian produk atas talian:

  1. Layari laman web MyCoverage
  2. Skrol ke bawah untuk melihat seksyen “Produk Perlindungan Tenang”. Klik ikon logo syarikat/produk Perlindungan Tenang untuk mendapatkan maklumat asas mengenai produk tersebut. Sila semak kriteria produk masing-masing seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda;
  3. Tekan butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang tersebut
  4. Anda akan dibantu untuk melalui proses yang mudah untuk menyertai/membeli produk tersebut. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor Kad Pengenalan (NRIC), umur, jantina dan lain-lain untuk melengkapkan proses pembelian. Anda mungkin juga perlu memasukkan nombor Baucar Perlindungan Tenang unik anda untuk menuntut baucar tersebut semasa pembelian produk. Anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat produk tersebut sebelum membuat pembelian


Maklumat tentang penebusan klik  Tebus Baucer


Kaedah 2 - Penebusan di kaunter:

  1. Anda juga boleh menebus baucar dan menyertai/membeli produk Perlindungan Tenang secara langsung dari kaunter pejabat cawangan atau ejen/pengedar sah syarikat insurans/pengendali takaful


Maklumat lanjut tentang Perlindungan Tenang (PTV) klik sini  Visit a Link

Rujukan

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url