Ni Cara Remove Tags Tak Senonoh Di Facebook

tags tak senonoh di facebook


Sejak beberapa hari yang lalu, wall facebook rakan-rakan dihujani kembali dengan tag gambar dan video yang tidak senonoh tanpa pengetahuan pemilik akaun. Ini dipanggil sebagai malicious tagging.

 

Malicious tagging happens mostly on the social media network Facebook. It involves a friend's social media account being hacked, and “they” tag most, if not all, of their friends in a spammy post with malicious intent


Jika anda ternampak post sedemikian di facebook rakan-rakan atau di facebook kita sendiri, jangan sesekali anda klik link tersebut. Jika diklik, facebook kita pula yang akan tag rakan-rakan kita yang lain. 


Dalam situasi ini, anda sebenarnya diberi pilihan sama ada untuk hide atau remove post tersebut. Kita juga boleh review mana-mana post yang ditag kepada kita sebelum dipublish di wall facebook dengan mengubah beberapa setting. Cara nak setting mudah sahaja. Jom lihat..


1. Buka profile kita dan klik  butan 3 titik


tags facebook


2. Klik Review Posts dan Tags. Kat sini kita boleh nampak post yang ditagged. Jika ada pos lucah ditagged kepada kita, kita klik hide. Kat sini juga kita boleh pilih sama ada nak remove tag atau report

 

tags facebook


3. Seterusnya kita klik Setting. Kat sini kita boleh set post yang ditagged kepada kita perlu di review atau tak sebelum keluar di wall jika ada orang tag kita. 





4. Enable Review Posts You're Tagged in supaya post yang ditagged kepada kita direview dahulu sebelum keluar di wall. 




Selesai. Sebelum terlupa, kadang-kadang ada spam yang kita dapat melalui inbox dari rakan-rakan yang berbunyi "Nampak macam awak..." . Jangan kita klik link tersebut sebab akaun kita plak yang akan hantar mesej yang sama kepada rakan-rakan lain. 




Semoga bermanfaat. Jangan lupa kongsi ya

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url