Cara Mengaktifkan MySJ Trace di MySejahtera Apps

Pengesanan kontak (contact tracing) ialah proses identifikasi individu-individu yang berkemungkinan telah berada dalam jarak yang berdekatan dalam jangka masa tertentu dengan individu yang telah dikenal pasti positif COVID-19. 


Dengan  pengaktifan MySJ Trace di MySJ, ia membolehkan proses survelans dalam MySejahtera diperkasakan. 


Semua rakyat Malaysia dan warga asing yang menetap di Malaysia yang mempunyai aplikasi MySejahtera(MySJ) boleh mengaktifkan ciri MySejahtera Trace (MySJ Trace). 


MySJ Trace mempunyai ciri Bluetooth Kuasa Rendah (Bluetooth Low Energy (BLE)) yang menggunakan tenaga bateri secara minimum.


Pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi MySejahtera kepada versi yang terkini.


Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 



Post a Comment

Previous Post Next Post