Info Pantas? Join facebook kami Kickstory Join Now!

Exam Online Pembantu Penguatkuasa KP19

Admin
Pembantu Penguatkuasa KP19


Tahniah dan Syabas kepada calon-calon yang berjaya dipanggil untuk menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE). Anda sekarang sudah selangkah untuk mencapai cita-cita anda. 

Calon-calon yang layak menduduki peperiksaan Pembantu Penguatkuasa KP19 sudah tentu sudah bersiap sedia untuk menduduki peperiksaan ini pada 15 dan 21 Oktober 2021 nanti seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Calon Exam Pembantu Penguatkuasa KP19 usah risau kerana anda berada di tempat yang betul untuk mendapatkan panduan dan rujukan soalan peperiksaan. Kami di Tim Infokerjaya akan membantu anda untuk mendapatkan gambaran awal tentang peperiksaan ini.

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut tentang persediaan yang perlu dilakukan bagi menduduki exam online Pembantu Penguatkuasa KP19 ini, jom kita baca deskripsi tugas Pembantu Penguatkuasa KP19 ini.

Menolong dalam menjalankan operasi penguat kuasaan, penyediaan statistik penguat kuasaan, menyediakan rekod operasi dan pendakwaan, terlibat dengan saksi kes-kes pendakwaan dan  kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa
Tiada rujukan khusus untuk exam Pembantu Penguatkuasa KP19 pada kali ini, tetapi calon-calon boleh menggunakan rujukan Penolong Penguatkuasa KP29 yang merangkumi Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris. 


Diharap rujukan ini boleh membantu calon-calon untuk membuat persediaan awal untuk menduduki peperiksaan ini.

Ini rujukan untuk bantu persediaan exam anda!


Terdapat 2 seksyen yang terlibat dalam Peperiksaan Online Pembantu Penguatkuasa KP19 iaitu, 

  • Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah 
  • Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris 

Daya Menyelesaikan Malasah


Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaian masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, menginterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini juga menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.


Kefahaman Bahasa Inggeris


Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa Inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan ini adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa Inggeris.

Persediaan Sebelum Menduduki Exam 


Sebelum itu, apa persediaan yang perlu dilakukan untuk menduduki exam Pembantu Penguatkuasa KP19? Antara persediaan yang boleh dilakukan ialah

  • membuat persediaan yang rapi
  • membuat rujukan yang tepat
  • mempunyai keyakinan yang tinggi
  • berdoa dan pengharapan yang memuncak

Guna rujukan teras ini, sebelum menduduki peperiksaan online bagi Pembantu Penguatkuasa KP19


Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.