Cara Setting Youtube Elak Kartun Lucah

Restricted Mode


Jika dilihat trend sekarang, ramai kanak-kanak menggunakan youtube untuk menonton kartun kerana youtube menawarkan pilihan kartun yang banyak dan percuma.

Disebalik keseronokan anak-anak menonton kartun menerusi youtube, terdapat video berunsurkan negatif yang tidak sesuai dilihat oleh kanak-kanak dengan erti lain 'Video untuk orang dewasa'. Tanpa tapisan ketat oleh ibubapa, kanak-kanak mungkin akan terdedah dengan video yang berunsur negatif tersebut.

Tambahan lagi, iklan-iklan yang terpapar di medium tersebut ada unsur-unsur negatif. Sebenarnya, terdapat aplikasi Youtube Kids yang dibina khas untuk kanak-kanak yang boleh dimuat turun di playstore. Aplikasi Youtube Kids ini sangat sesuai untuk kegunaan kanak-kanak kerana tiada unsur video yang negatif.

Jika ibubapa masih ingin gunakan apps Youtube yang biasa digunakan sebenarnya ada cara untuk menghalang kanak-kanak melihat video negatif. Caranya ialah ibubapa perlu menukar Restricted Mode pada aplikasi tersebut. Dengan itu, 100% video berunsurkan dewasa dan negatif akan ditapis untuk tontonan kanak-kanak.

Cara Setting Youtube Restricted Mode

  • Buka aplikasi YouTube
  • Tekan bahagian Account kita (ada satu simbol di bahagian kanan atas)
Youtube Restricted Mode

  • Tekan butang Settings
Youtube Restricted Mode

  • Pilih menu General
Youtube Restricted Mode

  • On Restricted Mode
Youtube Restricted Mode


  • Selesai


Semoga perkongsian ini memberi sedikit info kepada semua ibubapa untuk setting youtube bagi mengelakkan kartun lucah daripada ditonton oleh kanak-kanak

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url