iSaraan: Insentif Persaraan KWSP

isaraan kwsp


Kumpulan Wang  Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan yang dikenali sebagai iSaraan KWSP bagi membolehkan individu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap, suri rumah dan pekerja berpencen untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan.


Apa yang menarik, sebagai ahli di bawah insentif ini, anda akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun [berkuatkuasa 1 Januari 2018]) ke atas caruman anda. 


i-Saraan KWSP ialah Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.


Faedah i-Saraan

  • Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
  • Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
  • Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
  • Bantuan Kematian: RM2,500

* tertakluk kepada terma dan syarat KWSP  


Kelayakan Memohon i-Saraan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Orang yang bekerja sendiri [Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja]
  • Ahli KWSP
  • Telah membuat pilihan i-Saraan [Menghantar borang KWSP 16G(M)]

Cara Dan Saluran Pembayaran


1. Perbankan Internet (Pemindahan wang secara elektronik)

  • MBSB Bank
  • MAYBANK (M2u)
  • RHB Bank
  • PUBLIC BANK
  • Bank Muamalat
  • Alliance Bank
  • Hong Leong Bank
  • Bank Islam
  • Cimb Bank


2. Kaunter Ejen Bank (Tunai/cek)

  • BSN
  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank 
*Bayaran tunai dan cek tidak diterima. Hanya penggunaan pembayaran melalui Kad Debit dan Pindahan Debit sahaja diterima.

3. Ejen Bank Berdaftar

4. Kaunter KWSP
  • Tunai (maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar

Tiada had bayaran minimum, manakala had maksimum adalah RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)


Perkara Yang diperlukan semasa pendaftaran

  • MyKad
  • Borang i-Saraan - KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Saraan - KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)

i-saraan kwsp



Sumber: KWSP
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url