Permohonan Agihan Khas Zakat LZNK RM300

agihan khas zakat


Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah menyediakan agihan zakat untuk golongan asnaf yang terkesan dalam pendemik Covid 19. 


Agihan zakat ini telah membantu asnaf di negeri Kedah dengan pelbagai kaedah; antaranya adalah Agihan Khas Zakat ini yang diagih secara sekaligus (One Off) sebanyak RM 300 bagi setiap ketua keluarga yang terjejas pendapatan dan tinggal dalam negeri Kedah sahaja.


agihan khas zakat kedah



Kelayakan Menerima Agihan Zakat ini


  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia dan tinggal di negeri Kedah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
  3. Golongan yang terjejas pendapatan disebabkan Covid-19 dan mempunyai pendapatan isi rumah semasa di bawah RM 2,000.00 sebulan (Gaji Kasar).
  4. Hanya ketua keluarga sahaja layak memohon bantuan atau waris pemohon bagi yang masih berada di bawah tanggungan.
  5. Bukan penerima bantuan Kewangan Bulanan Lembaga Zakat Negeri Kedah.


Tarikh Permohonan Agihan Khas Zakat


Permohonan ini akan dibuka selama 3 minggu bermula pada 18 Julai 2021 sehingga 7 Ogos 2021 secara atas talian (online) sahaja.


Cara Membuat Permohonan Agihan Khas Zakat


Permohonan melalui sistem atas talian (online) sahaja di pautan (link) berikut: https://agihan.zakatkedah.com.my/ , dan hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.


Kriteria Kelayakan Memohon


  • Hilang pendapatan disebabkan sakit, diberhentikan kerja, pengurangan gaji, cuti tanpa gaji sehingga boleh menimbulkan masalah emosi dan rumahtangga.
  • Dibelenggu masalah kesihatan seperti penyakit kronik yang melibatkan kos rawatan yang tinggi atau jangkitan Covid-19 sehingga terhalang pergerakkan untuk bekerja dan terpaksa dikuarintin.
  • Dibelenggu masalah kesempitan hidup dan tertekan kerana kehabisan wang simpanan kecemasan.
  • Mempunyai masalah bebanan hutang ketika Pandemik Covid-19 seperti hutang bil air, elektrik, sewa rumah, kenderaan, pendidikan dan lain-lain.
  • Terpaksa berhutang untuk menampung keperluan asas diri dan keluarga seperti makanan, ubat, susu bayi, pendidikan anak-anak, pengangkutan dan bukan hutang untuk tujuan bermewah.
  • Peniaga yang terjejas perniagaan dan sedang menanggung hutang seperti sewa kedai, utiliti dan tunggakkan gaji pekerja.
  • Hutang keperluan asasi asnaf miskin, guru-guru dan petugas di sekolah agama
  • rakyat yang terjejas.


Kaedah membuat Permohonan


  • Semua dokumen sokongan tidak perlu disahkan kecuali surat pengesahan pendapatan bagi yang tiada slip gaji atau tidak bekerja.
  • Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga atau waris pemohon bagi yang masih berada di bawah tanggungan seperti kategori berikut:
  1. – Suami (Jika berkahwin)
  2. – Isteri (Jika bercerai (cerai hidup/cerai mati)
  3. – Isteri (Jika ditinggalkan suami tanpa nafkah)
  4. – Anak (Jika ibu bapa uzur dan terlantar sakit)
  • Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) menerusi Sistem Permohonan Agihan Zakat di pautan (link) https://agihan.zakatkedah.com.my dengan memilih Skim Agihan Khas Zakat serta memuat naik lampiran dokumen-dokumen berikut :

  1. Kad Pengenalan Pemohon sahaja. (Diwajibkan Depan & Belakang).
  2. Sijil nikah / surat cerai / sijil kematian suami / isteri (jika berkenaan).
  3. Slip gaji, penyata pendapatan, pencen, surat diberhentikan, cuti tanpa gaji dan sebagainya (jika berkenaan). Bagi yang TIDAK BEKERJA atau TIADA SLIP GAJI, sila cetak Surat Pengesahan Pendapatan atau dapatkan di Pejabat Zakat Daerah berdekatan).
  4. Penyata akaun bank pemohon (Akaun ASB dan Tabung Haji tidak dibenarkan).
  5. Bukti Bermastautin Pemohon : Bil Elektrik / Air / Telefon dan lain-lain bil (atas nama/alamat Pemohon).
  6. Laporan perubatan daripada doktor perubatan Hospital Kerajaan. (Jika ada).
  7. Hanya permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan sahaja akan dipertimbangkan permohonan.

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Nombor Pejabat Zakat Daerah masing-masing.

  • Ibu Pejabat: 019-4181740
  • Kota Setar: 04-7318005 / 019-5739155
  • Kubang Pasu: 04-9171561 / 019-4967255
  • Kuala Muda: 04-4411881 / 019-4122155
  • Kulim: 04-4900873 / 019-5732155
  • Baling: 04-4702428 / 013-4529155
  • Sik: 04-4695895 / 019-4104255
  • Padang Terap: 04-7866239 / 019-5172155
  • Pendang: 04-7594515 / 019-4123155
  • Yan: 04-4683482 / 019-4804155
  • Pokok Sena: 04-7821513 / 019-518 6155
  • Bandar Baharu: 04-4079670 / 019-4738255
  • Langkawi: 04-9660179 / 019-4753155


Sumber: Lembaga Zakat Negeri Kedah

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url