Buat Link Whatsapp Tanpa Nombor

whatspp link

Jika anda seorang peniaga atau penyedia perkhidmatan, anda mungkin sudah terbiasa menggunakan link whatsapp untuk melakukan urusan perniagaan atau berinteraksi dengan pelanggan.


Menggunakan link whatsapp, memudahkan pelanggan untuk berinteraksi dengan kita tanpa perlu menyimpan nombor terlebih dahulu. Ini juga dapat meningkatkan potensi perniagaan kita berkembang dengan lebih maju.


Tahukah anda, bahawa kita boleh membuat link whatsapp tanpa memaparkan nombor telefon kita. Sebelum ini, jika kita membuat link whatsapp kita sering memaparkan nombor telefon kita. Hal ini mungkin memudahkan scammer mengambil nombor telefon kita untuk tujuan yang tidak baik. Contoh whatsapp link yang sering kita guna ialah 


https://wa.me/60123456789 


Kita juga sering menggunakan whatsapp link yang membuat text yang panjang seperti


https://wa.me/60123456789/xxxxx


Namun begitu, terdapat website yang menyediakan perkhidmatan membuat link whatsapp dengan lebih ringkas dan dapat meningkatkan faktor keselamatan serta dapat mengelakkan scammer mengambil nombor telefon kita untuk tujuan penipuan. 


Apa itu Whatsapp Link?


WhatsApp mempunyai ciri yang membolehkan kita membuat pautan (link), jadi mana-mana pengguna dapat mengklik dan memulakan perbualan (chat) secara langsung dengan orang yang membuat link tersebut. 


Fungsi ini dipanggil "click to chat" dan kita tidak perlu menyimpan nombor telefon siapa pun untuk menghantar mesej kepada mereka, ini memudahkan untuk berinteraksi.


Dengan menggunakan Walink, ia menyediakan alat yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan link WhatsApp yang diringkaskan, dengan domain wa.link. Ini akan meningkatkan interaksi anda, dan iainya adalah percuma!


WA.link menyediakan perkhidmatan percuma dan premium. Jika anda menggunakan perkhidmatan percuma, anda boleh buat sebanyak mana link yang ada suka tanpa perlu membayar apa-apa kos tetapi anda tidak boleh mengubah text yang terdapat pada link tersebut. ianya dijana secara automatik menggunakan gabungan nombor dan huruf contohnya, 


https://wa.link/gd7x6h


Berbeza dengan yang premium, anda boleh mengubah text yang terdapat pada link whatsapp tersebut. Hal ini dapat meningkatkan jenama anda atau memberi kefahaman kepada orang ramai tentang apa yang anda ingin sampaikan melalui link whatsapp tersebut


https://wa.link/kickstory


Buat Link Whatsapp di wa.link


1. Taipkan nombor telefon WhatsApp anda [ klik website wa.link]

2. Tambahkan pesanan khusus untuk pengguna kirimkan kepada anda

3. Klik pada "Hasilkan wa.link saya", salin dan gunakan di mana sahaja anda mahu!


whatsapp link


Selepas siap, link whatsapp akan terpapar dan anda bolehlah kongsikan link tersebut dengan rakan-rakan dan pelanggan anda. Anda boleh membuat link seberapa banyak dengan percuma.


wa link


Sekian perkongsian saya pada hari ini. Semoga bermanfaat.

Previous Post Next Post