Permohonan Bantuan MyKasih Kapital 2021

Bantuan MyKasih Kapital

Program Bantuan MyKasih Kapital merupakan salah satu insentif tambahan kerajaan yang diumumkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia, sempena Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2021. Program Bantuan MyKasih Kapital ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN).

Bantuan MyKasih Kapital

Insentif tambahan untuk memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan. Pemberian insentif ini adalah sebagai satu usaha menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship dan lain-lain perniagaan.

Bantuan MyKasih Kapital bertujuan untuk

  • Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.
  • Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.
  • Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.

 Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
  • Golongan wanita sahaja
  • Ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga
  • Individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian
  • Wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit
  • Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan


Cara Membuat Permohonan

Pemohon perlulah mengemukakan permohonan melalui pautan di sini.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia

Aras 8, Bangunan KPWKM,

No.55, Persiaran Perdana,

Presint 4,

61200 Putrajaya


Nombor telefon :  03 – 8323 2433

Laman web : https://yknm.org.my/


UPDATE: Permohonan Program Bantuan MyKasih Kapital telah ditutup sehingga 19 April 2021 (Isnin) bagi tujuan saringan.

Pemohon yang layak akan dihubungi pegawai yang berkenaan.

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url