Program Save 2.0 ialah sebuah program pemberian e-rebat RM200 kepada isi rumah yang membeli peralatan eletrik penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
Objektif Program Save
- Meningkatkan kesedaran orang ramai agar membeli peralatan cekap tenaga yang akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik terutamanya pengguna domestik
- Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf lima bintang dan empat bintang dan perlatan cekap tenaga di pasaran
Kelayakan Memohon Program Save 2.0
- Warganegara Malaysia
- Pengguna/pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, SEB
- Menggunakan e-rebat untuk pembelian penyaman udara atau peti sejuk berlabel 4 atau 5 bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021
- 1 akaun bil, 1 e-rebat dan first come, first serve basis
Cara Claim Baucer Shopee RM200 Program Save
Permohonan untuk mendapatkan e-rebat shopee RM200 perlu dilakukan melalui laman rasmi Shopee dengan membuat pendaftaran secara online
Mohon di sini : PROGRAM SAVE 2.0 BAUCER SHOPEE RM200
Langkah-langkah untuk mendaftar boleh dilihat di bawah,
Tarikh Permohonan Baucer Shopee RM200 Program Save
Tarikh permohonan untuk mendapatkan e-rebat Shopee RM200 melalui laman rasmi Shopee ialah bermula pada 1 Januari 2021.
Sumber: Shopee