Data Percuma Untuk Guru Dari YTL Foundation

YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia telah menyediakan pelan eksklusif untuk para guru iaitu Data Percuma Untuk Guru sebanyak 2GB
data percuma untuk guru

Sempena dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akibat daripada pandemik covid-19, YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia telah menyediakan pelan eksklusif untuk para guru iaitu Data Percuma Untuk Guru 

Data Percuma Untuk Guru

Inisiatif Data Percuma Belajar Dari Rumah untuk Guru ini adalah satu program terbuka khusus bagi kesemua guru yang mengajar pelajar peringkat rendah atau menengah di sekolah kerajaan yang mana program ini bertujuan untuk membekalkan Data Percuma bagi membolehkan pengajaran dalam talian serta aktiviti pembelajaran dapat dijalankan sepanjang tempoh penutupan sekolah berikutan pandemik Covid-19.

YTL Foundation telah menyediakan kad SIM prabayar 4G dengan data 2GB/sebulan secara percuma kepada guru untuk membantu mereka dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Kad SIM perlu dimohon dan akan dihantar ke alamat rumah yang berdaftar.

SIM pascabayar 4G dengan data 2GB BUKAN SIM 1bestarinet

Jika ada guru yang keliru, data percuma ini bukan pelan yang dahulunya yang telah diberi kepada guru bersama dengan peranti Yes. Pelan ini adalah pelan percuma PASCABAYAR yang telah diberikan kepada guru sempena PdPR. Cikgu-cikgu perlu memohon untuk mendapatkan pelan percuma ini.

Baca Rugi Jika Guru Tidak Menggunakan 1Bestarinet Postpaid

Cara memohon SIM kad

Jika kawasan tempat tinggal cikgu ada liputan Yes 4G, cikgu bolehlah membuat permohonan kerana bagi saya ianya sangat berbaloi untuk mendapatkan sim kad secara percuma dan membuat tambahan pakej dengan harga RM15 untuk 20GB jika kuota tidak mencukupi. Berbaloi kan?

Semak liputan Yes 4G di sini >>SEMAK<<

Permohonan untuk mendapatkan SIM kad ini boleh dilakukan melalui laman web rasmi YTL Foundation atau klik pautan ini >>PERMOHONAN<<

Pelan Data Khas Untuk Guru

Jika kuota 2GB yang diberikan secara percuma tidak cukup untuk mengendalikan PdPR, cikgu-cikgu jangan risau kerana YTL Foundation dengan kerjasama pihak Yes, menawarkan tambahan data sebanyak 20GB pada harga RM15 sah selama 30 hari eksklusif untuk guru. Tambahan data boleh dilakukan di aplikasi MyYes.

Bagi saya, ianya sangat berbaloi untuk 20GB dengan harga RM15.

1GB = RM0.75 sen

Jika cikgu tidak berminat dengan pelan ini, cikgu masih boleh menggunakan sim pascabayar YES 4G (1Bestarinet) yang dibekalkan kepada kita dahulu kerana sim tersebut masih boleh digunakan kerana tiada tarikh luput.

Baca Juga Sim Kad Yes 4G LTE Masih Aktif

Terima Kasih YTL Foundation, YES, FrogAsia

Terima kasih kepada YTL Foundation kerana menyediakan inisiatif kepada guru-guru dengan memberi data percuma dan penambahan data dengan harga yang murah. 

Maklumat lanjut berkaitan Data Percuma Untuk Guru Boleh melayari YTL Foundation

LihatTutupKomentar
Cancel