Info Pantas? Join facebook kami Kickstory Join Now!

Tanda Gejala Gula Dalam Darah

Keadaan gula darah tinggi atau juga disebut dengan nama hiperglisemia biasa berlaku dalam kalangan mereka yang menghidap diabetes.
Admin

Hello Doktor: Anda mungkin ingin tahu, apakah gejala gula darah tinggi yang mungkin berlaku pada tubuh kita. Sebenarnya, ada beberapa perkara yang boleh berlaku akibat gula darah tinggi dalam tubuh. 

Kebanyakan daripada gejala yang berlaku ini tidak disedari oleh ramai orang pada awalnya dan menganggap ia sekadar perkara biasa.

Namun, itulah sebenarnya simptom atau gejala gula darah tinggi. Sila lihat apa yang kami sediakan mengenainya di bawah ini. 

Hiperglisemia; keadaan penyebab gejala gula darah tinggi!

Keadaan gula darah tinggi atau juga disebut dengan nama hiperglisemia biasa berlaku dalam kalangan mereka yang menghidap diabetes.

Ia berlaku apabila tubuh badan kita tidak menghasilkan insulin yang mencukupi untuk menyerap gula.

Ia juga boleh berlaku sekiranya tubuh badan tidak berkemampuan untuk menyerap insulin dengan sempurna atau memiliki kerintangan terhadap insulin.

Namun, bukan itu sahaja, hiperglisemia juga boleh menyerang mereka yang tidak mengalami diabetes.

Sebagai contoh, paras gula darah akan meningkat sekiranya anda sedang sakit atau berada dalam keadaan tertekan.

Sekiranya hiperglisemia ini terus berlaku tanpa sebarang rawatan, ia boleh menyebabkan komplikasi serius seperti masalah pada penglihatan, saraf dan juga sistem kardiovaskular.

Ini gejala gula darah tinggi yang patut anda beri perhatian

akibat gula darah tinggi
Secara umumnya, anda tidak akan mengalami sebarang simptom sehinggalah pada ketika paras gula darah anda meningkat.

Simptom atau gejala juga akan berlaku seiring peredaran masa dan anda mungkin tidak menyedarinya.

Berikut adalah gejala gula darah tinggi yang mungkin berlaku pada anda:

  • Mengalami sakit kepala dan kesakitan lain
  • Berasa sukar untuk menumpukan perhatian
  • Kerap berasa sangat dahaga atau lapar
  • Berasa mengantuk atau keletihan
  • Penglihatan yang kurang jelas atau terganggu
  • Mempunyai mulut yang kering
  • Mengalami kembung perut
  • Kerap berasa ingin membuang air kecil
  • Luka lambat sembuh
Jika ia semakin serius, maka anda mungkin akan mengalami gejala berikut akibat gula darah tinggi:

  • Mengalami sesak nafas
  • Nafas berbau seperti buah-buahan
  • Jantung berdegup kencang
  • Berasa keliru
  • Kerap muntah-muntah
  • Mengalami dehidrasi
  • Lebih teruk lagi, mengalami koma

Ini punca-punca penyebab gejala gula darah tinggi atau hiperglisemia

Berikut adalah antara punca kepada berlakunya gejala gula darah tinggi walaupun anda bukanlah seorang penghidap diabetes:

  • Mengambil terlalu banyak sumber karbohidrat dalam pemakanan
  • Mempunyai jangkitan penyakit
  • Sedang sakit
  • Sedang mengalami tekanan
  • Menjalani hidup yang kurang aktif seperti kurang bersenam
  • Sekiranya anda penghidap diabetes, anda terlupa atau tidak mengambil insulin atau ubat-ubatan untuk menurunkan glukosa

Bagaimana keadaan gula darah tinggi boleh menjejaskan tubuh kita?


Gula darah yang tinggi akan memasuki bahagian buah pinggang anda.

Apabila ini berlaku, ia akan menarik lebih banyak kandungan air sehingga menyebabkan anda berasa kerap hendak membuang air kecil.

Keadaan seperti ini juga akan menyebabkan anda berasa dahaga walaupun anda banyak minum air. 

Selain itu, apabila berlakunya hiperglisemia, anda juga mungkin akan mengalami penurunan berat badan tanpa sebab yang kukuh.

Ini berlaku apabila sel tubuh tidak mendapat glukosa yang mereka perlukan daripada darah lalu menyebabkan tubuh badan membakar lemak untuk keperluan tenaga. 

Akibat gula darah tinggi, ia juga boleh menyebabkan kekebasan, rasa terbakar dan rasa kesemutan pada tangan, kaki dan juga tapak kaki yang disebabkan oleh neuropati diabetes.

Neuropati diabetes adalah satu komplikasi yang berlaku sekiranya seseorang itu terlalu lama memiliki paras gula darah yang tinggi selama bertahun-tahun.

Apa yang boleh saya lakukan untuk mengawal hiperglisemia ini?


Pertama sekali, apa yang boleh anda lakukan adalah dengan cuba lakukan senaman di rumah.

Jika sebelum ini kehidupan anda hanya dihabiskan dengan menonton televisyen atau bermain game, gantikannya dengan menjalani kehidupan yang lebih aktif di luar rumah.

Selain daripada senaman, adalah amat penting untuk anda juga memerhatikan pengambilan makanan harian anda.

Amalkan pemakanan sihat dan seimbang bagi mengelakkan pengambilan gula berlebihan sehingga boleh menyebabkan gula darah anda menjadi tinggi.

Doktor juga mungkin menyarankan anda untuk membeli alat pembaca gula darah untuk mengawal bacaan gula darah di rumah.

Dengan cara ini, anda akan lebih mudah untuk mengetahui sekiranya paras gula darah anda berada dalam keadaan normal atau tidak. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Maklumat lanjut sila layari Hello Doktor

Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.