Info Pantas? Join facebook kami Kickstory Join Now!

Cara Semak Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Admin
cara semak bsh 2020

Cara Semak Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020. Pembayaran Bantuan Sara Hidup atau BSH 2020 Fasa Ketiga akan dilaksanakan mulai 24 Julai 2020 (Jumaat). Pembayaran BSH Fasa 3 adalah secara  pengkreditan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan. 

Jika tiada akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.

Pembayaran BSH Fasa 3 ini berdasarkan kategori BSH 2020 merangkumi bilangan anak tanggungan dan baki nilai BSH 2020 yang akan diterima.

Peruntukan yang terlibat adalah sebanyak RM3.0 bilion dan memanfaatkan hampir 4.28 juta penerima BSH merangkumi 3.75 juta isi rumah dan 0.53 juta bujang (40-59 tahun). Kadar BSH yang akan diterima juga mengambil kira 3.8 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah. 

Bagi permohonan baharu BSH yang layak tetapi belum menerima bayaran Fasa 1 dan 2, bayaran berkenaan akan dibuat secara sekaligus dalam pembayaran Fasa 3 mengikut nilai kelayakan kategori BSH 2020.

Cara Semak Bantuan Sara Hidup


  1. Tekan link >>BSH SEMAK STATUS<<
  2. Tekan semakan status bayaran (Fasa 3 BSH 2020).
  3. Masukkan No. Mykad 
  4. Sila isi captcha dan tekan butang Semak

PENAFIAN: Blog ini hanya memaparkan maklumat untuk tujuan panduan sahaja. Untuk semakan, sila ke laman web rasmi LHDN

Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.