Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020. Bantuan Sara Hidup (BSH) B40 merupakan pemberian bantuan secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah. Kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada empat anak, kecuali anak kurang upaya yang tidak dihadkan umur mereka.

Penerima Manfaat BSH



  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM 4,000 dan ke bawah.


Permohonan BSH 2020


Pendaftaran MyBSH (bagi pemohon yang telah mempunyai rekod BSH) telah boleh dibuat pada Menu MyBSH mulai 22 Januari 2020. Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk Panduan Pengguna Daftar MyBSH 2020 atau FAQ Pendaftaran MyBSH 2020.

Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020. Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:

  • Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
  • Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:
  1. Elaun Pekerja Cacat
  2. Bantuan Penjagaan OKU
  3. Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
  4. Bantuan Orang Tua

Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
  • Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
  • Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
  • Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020


Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020


Pemohon BSH yang layak menerima bayaran Fasa Pertama adalah Pemohon berstatus Lulus BSH 2019 (Kategori Isi Rumah) yang melepasi beberapa proses tapisan daripada Agensi Kerajaan antaranya Status Pemilikan Kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

Tarikh dan kaedah pembayaran


Tarikh bayaran Fasa Pertama BSH 2020 mulai 20 Januari 2020. Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah secara

  • Pengkreditan terus ke akaun; atau
  • Tunai di kaunter BSN (termasuk kategori pedalaman Sabah Sarawak) – mulai 1 Februari 2020


Cara Permohonan BSH

Untuk membuat permohonan BSH dan pengemaskinian boleh dilakukan menerusi laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) - klik SINI


Post a Comment

Previous Post Next Post