Permohonan eGTukar Guru Secara Online


eGTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan guru.

Sistem Pertukaran Guru Online (eGTukar) merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), KPM di bawah pengurusan guru. Antara objektif modul eGTukar ini ialah

  • Memberi kemudahan kepada guru-guru sekolah memohon pertukaran secara ‘online’.
  • Memudahkan pegawai di JPN / BAHAGIAN/ JABATAN membuat pemantauan.
  • Memudahkan Bahagian/Jabatan membuat kelulusan secara online lebih berkonsepkan ‘paperless’.
  • Mempercepatkan permohonan yang sebelum ini memerlukan beberapa peringkat pengesahan sebelum sampai ke pegawai pelulus.
  • Memudahkan pihak pengurusan melihat statistik permohonan dan kelulusan secara online tanpa membuat pengumpulan data permohonan di setiap PPD dan Negeri.


Syarat-Syarat Umum Permohonan Pertukaran Guru 


  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) TIDAK AKAN mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan.
  • Guru TIDAK BOLEH bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan.
  • KPM TIDAK AKAN mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan
  • Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM
  • Semua jawatan yang disandang akan TERGUGUR apabila permohonan pertukaran diluluskan
  • Semua salinan dokumen yang berkaitan hendaklah diserahkan kepada pengetua / guru besar untuk pengesahan.
  • Semua keterangan yang diberikan dalam borang ini hendaklah lengkap dan benar. Jika terdapat sebarang pemalsuan keterangan, permohonan tidak akan dilayan dan sebarang kelulusan yang telah diberikan akan DIBATALKAN.

Guru-guru berikut tidak layak memohon pertukaran

  • Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (kdc).
  • Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
  • Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar.
  • Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
  • Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.
  • Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat

Bagi tujuan permohonan pertukaran dan semakan keputusan permohonan, bolehlah melayari portal eGTukar dengan klik pautan di bawah.



Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url