Info Pantas? Join facebook kami Kickstory Join Now!

Cikgu Bodoh, Sebab Tu Anak Saya Gagal

Admin

Apa perasaaan korang jika kata-kata tersebut diungkapkan oleh seorang ibu yang berpendidikan tinggi yang gaji berpuluh-puluh ribu kepada guru dihadapan anak mereka?


Cikgu Bodoh!! Tulah antara salah satu kata-kata yang pernah diungkapkan oleh seorang ibu dan bapa kepada saya sepanjang saya menjadi guru. Kata-kata mereka langsung tidak mencerminkan taraf pendidikan mereka. Segelintir ibubapa zaman sekarang banyak menyalahkan guru apabila anak mereka tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Ibubapa sekarang mementingkan ilmu pengetahuan sahaja tetapi tidak mementingkan adab dan sahsiah kepada guru mereka. Saya pernah di keji dan di maki kerana anak mereka tidak mendapat A dalam subjek Sains sedangkan anak mereka semasa di dalam kelas langsung tidak memberi perhatian semasa kita sedang mengajar.

Trend yang saya perhatikan zaman ini, jika ibubapa yang kaya, perasaan ego dan sombong sangat tinggi sehingga sanggup merendahkan guru dan langsung tidak hormat kepada guru. Segala harta kekayaan kamu itu hanyalah pinjaman sementara, jangan terlalu taksub untuk merendah-rendahkan orang.

Bab kata pepatah, jika ingin dihormati, hormatilah orang lain.


1 comment

  1. Kalau tiada adab namanya biadab. Harta banyak pun tak guna kalau akhlak teruk.
Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.