SAPS Ibu Bapa Semakan Online


SAPS ialah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS NKRA) yang telah dibangunkan oleh Kemneterian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memudahkan guru untuk memasukkan markah prestasi murid.

SAPS Ibu Bapa dibuat bagi memberi kemudahan kepada ibubapa untuk memantau prestasi akademik anak mereka. Melalui SAPS semakan ibubapa ini, ibubapa tidak perlu kerap untuk jumpa guru-guru bagi mendapatkan info perkembangan pembelajaran anak mereka.

Malahan, melalui SAPS kedudukan anak-anak mereka di dalam kelas juga boleh diketahui dengan lebih cepat dan mudah. Melalui perkhidmatan SAPS semakan online ibubapa yang telah berjalan sejak beberapa tahun yang lalu, perkhidmatan ini banyak memberi manfaat dan kemudahan kepada ibubapa yang sibuk bekerja untuk mendapatkan perkembangan kemajuan anak mereka.

Bermula tahun 2019 ini, tiada lagi peperiksaan bagi pelajar tahap 1. Maka, SAPS semakan ibubapa online adalah terkecuali bagi mereka. Peperiksaan tahap 1 telah diganti dengan pentaksiran bilik darjah (PBD) yang lebih mesra penilaian.

Cara Buat Semakan SAPS Ibubapa


  1. Layari portal SAPS Ibu Bapa di SINI 
  2. Masukkan nombor MyKad pelajar (bukan MyKad ibu bapa)
  3. Klik ruangan ‘Cari’
  4. Masukkan maklumat sekolah pelajar (negeri dan nama sekolah)
  5. Klik butang ‘Semak’
  6. Maklumat keputusan pelajar akan dipaparkan


Gred Permarkahan SAPS 




Semoga perkongsian ini, memberi manfaat kepada semua ibubapa diluar sana yang ingin membuat semakan kemajuan anak masing-masing


Previous Post Next Post