Bulan puasa dah tiba, mesti suri rumah sibuk untuk mencari resepi masakan yang beraneka macam dan yang paling penting adalah resepi yang menyihatkan.

Hari ini saya nak kongsikan Resepi Ikan Kembung Bakar yang sangat sedap yang dikongsikan oleh Ilham Resepi melalui facebook. Jom kita tengok cara-cara nak buat. Sangat mudah.


Resepi Ikan Kembung Bakar


Bahan A
2 ekor ikan kembung (dibersihkan dan dikelar)
sedikit minyak masak

Bahan B
5 tangkai cili kering
1 batang serai
2 biji bawang merah
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam

Cara membuat
1: basuh ikan dan tuskan
2: gaulkan bahan yang dikisar pada ikan dan perapkan selama 20minit.
3: sapukan sedikit minyak pada permukaan ikan.
4: letakkan ikan pada pemanggang.
5: bakar sehingga ikan itu masak sambil titiskan minyak pada ikan.
6: angkat dan hidangkan dengan air asam (sebagai hidangan)

Sumber: Ilham Resepi

Post a Comment

Previous Post Next Post