[Tutorial] Cara Mengatasi Telegram Yang Dihack


Telegram adalah salah satu aplikasi pesanan ringkas (instant messaging) yang percuma yang banyak digunakan kerana mempunyai ciri-ciri yang lengkap. Apa yang menarik dengan penggunaan aplikasi Telegram ialah kita boleh log in aplikasi dengan menggunakan banyak peranti (devices).

Berbeza dengan aplikasi Whatsapp, Whatsapp hanya boleh di log in menggunakan satu peranti dalam satu masa, namun Telegram boleh di log in menggunakan banyak peranti dalam satu-satu masa. Walau bagaimanapun satu masalah yang ditimbulkan di Telegram adalah isu keselamatan.

Telegram mudah di hacked jika kita log masuk di beberapa peranti tanpa kita log keluar selepas menggunakannya. Contohnya kita log masuk telegram di pejabat tanpa log keluar menyebabkan orang lain boleh mengakses telegram kita. Mungkin maklumat sulit kita terbongkar jika orang lain dapat mengakses telegram kita.

Seperti berlaku kepada saya beberapa hari yang lepas, aplikasi telegram saya telah dihacked tanpa pengetahuan saya. Saya perasan Telegram saya dihacked apabila mesej-mesej di Telegram saya terpadam dengan sendiri tanpa saya padam mesej tersebut. Bagaimana saya atasi masalah ini?


 1. Klik setting yang ada disebelah kanan atas. Lepas tu tekan Privacy and Security


2. Tekan Active Session. Ini menandakan telegram kita tengah aktif di beberapa peranti. 

3. Klik terminate all other sessions untuk deaktifkan telegram di semua peranti kecuali peranti yang tengah kita guna.



4. Selesai

Itu sahaja perkongsian saya tentang Cara Mengatasi Telegram Yang Dihack. Semoga bermanfaat.

Previous Post Next Post