Resepi Belebat Ubi Keledek (Ubi Stelo)

shares


Resepi Belebat Ubi Keledek (Ubi Stelo). Belebat ubi keledek atau dalam dialek Kelantan dipanggil ubi stelo adalah kuih yang sinonim dalam masyarakat di Kelantan. Kuih belebat ubi yang rasanya sedap dan manis menjadi pilihan pengemar kuih-muih tradisional.

Kuih belebat ubi ini sangat mudah didapati di gerai-gerai di Kelantan. Namun di lain tempat amat sukar kuih ini dijumpai. Mungkin kuih belebat ubi ini jarang dijual kerana proses penyediaannya sangat rumit dan perlu ketelitian.

Sebenarnya, belebat ubi mudah untuk disediakan jika kita tahu resepinya. Hari ini saya nak kongsikan resepi belebat ubi keledek yang dikongsikan oleh Yuzilaini Akmar. Cara penyediaan belebat ubi keledek seperti di bawah.


Bahan Untuk Belebat Ubi


  • Ubi keledek 2 cawan yg dah siap dipotong memanjang(rebus dahulu)
  • 1cawan 1/2 tpg beras
  • 6 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 cawan santan


Cara-cara Penyediaan Belebat Ubi


  1. Satukan tpg beras dengan santan,gula dan garam pastu kacau sampai hancur gula.
  2. Masak atas dapur dgn api perlahan
  3. Kacau selalu takut nnti berketul
  4. Kacau spai pekat likat ,tutup api masukkan ubi yg direbus tadi dan kacau bagi sebati.
  5. Biarkan suam2 dulu bru dibungkus dgn daun pisang. 
  6. Kukus selama 10 minit.Siap bgi sejuk dulu.


Semoga perkongsian resepi Resepi Belebat Ubi Keledek (Ubi Stelo) memberi infomasi kepada semua bagi menyediakan resepi belebat yang sedap ini. Selamat mencuba

kredit: yuzilaini akmar


Related Posts

0 Comments:

Post a Comment