[Update] Saringan DASS Online V2 Menggantikan DASS Online Lama.


Sebagaimana semua maklum, pihak Public Health Malaysia (PHM)  telah menyediakan borang saringan DASS untuk orang ramai menyaring kesihatan mental mereka sejak 2 tahun yang lalu. Daripada awal penubuhan, seramai 500k pengguna telah menggunakan borang dass online yang telah kami sediakan ini.

Namun platform Google form ini mempunyai kelemahan dan sukar untuk diselenggara. Maka kami telah mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan ini dan kami telah berpindah platform daripada Google Form ke platform yang baru.

Link baru dass adalah www.tinyurl.com/phmdass2

Borang saringan ini lebih mudah digunakan, keputusan adalah serta merta dan lebih cepat.  Keputusan saringan stress, depression, dan kerisauan ini boleh diprint screen untuk kegunaan sendiri dan rujukan.

Ianya juga tiada kuota penggunaan tidak seperti Google form.

Laman web lama (www.tinyurl.com/phmdass) tidak akan lagi memberikan keputusan dass. Mohon untuk tidak menggunakan lagi borang Google form tersebut.

Share link ini agar ramai boleh menyaring kesihatan mental anda. Selamat mencuba!

Admin
Public Health Malaysia
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url