Penerbangan Terus Thailand Ke Kota Bharu
malindo thailand ke kota bharu
Admin
Lapangan terbang Sultan Ismail Petra sudah menjadi sinonim dengan rakyat kelantan. Lapangan terbang Sultan Ismail Petra adalah salah satu lapangan paling sibuk di Malaysia. Menurut suruhanjaya penerbangan Malaysia, pada tahun 2016, Lapangan terbang Sultan Ismail Petra menjadi lapangan terbang ke-8 paling sibuk di Malaysia dengan jumlah penumbang sebanyak 2.06 juta.
Sejumlah 45 penerbangan sehari dicatatkan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) iaitu perjalanan dua hala Kuala Lumpur-Kota Bharu dan Kota Bharu-Kuala Lumpur. Baru-baru ini semasa musim perayaan jumlah penerbangan meningkat kepada 65 penerbangan sehari (Sumber: Astro Awani)
Pada minggu ini, LTSIP telah membuka penerbangan terus dari Thailand ke Kota Bharu. Melalui penerbangan ini, diharap ekonomi Kelantan terus meningkat. Penerbangan dari Thailand ke Kota Bharu adalah 2 kali seminggu yang dioperasikan oleh Malindo Air