LGBT: Apa Yang Mereka Ingin Perjuangkan?


Sekarang ini, hangat diperkatakan tentang LGBT di mana ada pihak-pihak NGO menyokong perjuangan golongan ini untuk mendapat kebebasan dan hak kesaksamaan di Malaysia. Isu berkaitan LGBT menjadi perbahasan yang hangat di media sosial dan netizen ada menyifatkan bahawa perjuangan golongan LGBT ini adalah sia-sia kerana bertentangan dengan ajaran Islam.

LGBT atau juga dikenali dengan nama lain GLBT adalah merujuk kepada sekelompok golongan yang mengamalkan cara hidup Gay, Lesbian, biseksual, dan transeksual. Nama ini telah diguna pakai sejak tahun 1990an lagi bagi melabel mereka yang menjalani hidup LGBT.

Singkatan LGBT ini juga diterima oleh sesetengah Negara di barat seperti Amarika Syarikat yang memberi kebenaran untuk menjalani cara hidup LGBT. Selain itu, negara lain yang  membenarkan cara hidup LGBT ini adalah Argentina, Perancis dan Turki serta  beberapa lagi negara.  Tidak semua negara memandang cara hidup ini patut dijalankan, sesetengah negara  juga telah menentang secara habis-habisan cara hidup ini terutamanya negara-negara islam termasuk Malaysia.

Aktivis sosial Marina Mahathir menegaskan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini mahukan hak sama dinikmati oleh rakyat di negara ini.

Memetik laporan portal Malaysiakini, Marina ditemui dalam satu majlis di Ampang menyatakan, komuniti LGBT itu berhadapan dengan diskriminasi dalam kehidupan seharian mereka berdasarkan kepada anggapan dan stigma daripada anggota masyarakat.

Walaupun golongan LGBT memperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan kebebasan dan kesaksamaan, namun undang-undang Malaysia tidak membenarkan gaya hidup songsang mereka di Malaysia.

Sama-sama lah kita membanteras gejala LGBT dari terus menular. Menjadi persoalan sekarang, apa yang diperjuangan oleh golongan LGBT ini?

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info