14 Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018


Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan dalam sesi PdP bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan. PBD melibatkan proses mengumpul dan menganalisis maklumat serta membuat refleksi yang berterusan terhadap PdP dalam membuat pertimbangan secara konsisten ke arah menambah baik PdP tersebut.

Pelaksanaan PBD yang betul akan memberi gambaran yang jelas tentang penguasaan murid terhadap Standard Pembelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum. Semua maklumat yang diperoleh dari pentaksiran bukanlah bertujuan untuk perbandingan atau persaingan antara murid. Sebaliknya maklumat tersebut hendaklah digunakan untuk membantu pihak sekolah dan ibu bapa untuk merancang tindakan susulan ke arah menambah baik penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.

Guru memainkan peranan penting dalam melaksanakan PBD dengan menentukan objektif pembelajaran berdasarkan Standard Pembelajaran yang hendak ditaksir, merancang dan membina instrumen pentaksiran, melaksanakan pentaksiran, merekod hasil pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan.

PBD bertujuan menambah baik pembelajaran murid melalui pentaksiran formatif, iaitu:

  • Pentaksiran Untuk Pembelajaran (Assessment for learning)
  • Pentaksiran Sebagai Pembelajaran (Assessment as learning)

Namun begitu PBD juga boleh berlaku untuk melihat pencapaian atau penguasaan murid selepas sesuatu tempoh yang bersesuaian, melalui pentaksiran sumatif. PBD membolehkan murid, guru, ibu bapa, dan pihak sekolah mengetahui kualiti pembelajaran murid. Pentaksiran ini dilihat sebagai Pentaksiran Tentang Pembelajaran (Assessment of learning).



Muat turun 14 Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018



Sumber: BPK

Baca Juga

  1. Templat Pelaporan PBD Kelas 2018 (Tahun 2 & Tingkatan 2)
  2. DSKP dan Templat Pelaporan Dalam Bahasa Inggeris
  3. Bahan DSKP KSSM Tingkatan 3 (Kegunaan 2019)

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info