Info Pantas? Join facebook kami Kickstory Join Now!

Kemudahan Cuti Kuarantin Menjaga Anak Sakit

Admin

Image by Public Health Malaysia

Selaras dengan keprihatinan kepada institusi kekeluargaan dalam konteks penjagaan kesihatan anak, Kerajaan telah bersetuju supaya kemudahan Cuti Kuarantin diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin.

KELAYAKAN

Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit.

Pegawai yang layak kemudahan Cuti Kuarantin adalah ibu dan bapa yang sah. Tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes

SENARAI PENYAKIT BERJANGKIT

  1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)]
  2. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
  3. Campak (Measles)
  4. Chickenpox
  5. Difteria
  6. Malaria
Nota:
Jenis penyakit berjangkit di atas adalah tertakluk kepada pindaannya/tambahan dari semasa ke semasa.

Muat Turun 
1. Pekeliling Cuti Kuarantin
2. Borang Kemudahan Cuti Kuarantin


Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam & Public Health Malaysia

Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.