Jawatan Kosong Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan UMP - 24 Julai 2018


Kumpulan Pengurusan dan Profesional

  • Jumlah Kekosongan Jawatan - TETAP: 2
  • Penempatan Jawatan: FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN, GAMBANG


PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS45/DS51/52/DS53/54/VK7/VK6/VK5 
JABATAN : FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN

  • PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS45 ; Tangga Gaji RM3,070.00 (minimum) - RM11,095.00 (maksimum)
  • PENSYARAH (Gaji permulaan ialah pada Gred DS51: RM5,855.00)


 KELAYAKAN LANTIKAN BAGI JAWATAN PROFESOR MADYA GRED DS53

  • mempunyai kelayakan seperti di perenggan (1.d.) ;
  •  membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan
  •  mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS53: RM6,162.00).


 KELAYAKAN LANTIKAN BAGI JAWATAN GRED KHAS C (PROFESOR)

  •  mempunyai kelayakan seperti di perenggan (1.d.) ;
  • membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan
  •  mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Khas C: RM7,676.00).


Keutamaan kepada calon: Mempunyai kemahiran dalam bidang:

1) Pharmacy
2) Pharmaceutical Technology

Klasifikasi Bidang: Syarat Tambahan :

  • Mempunyai pengalaman di industri sekurang-kurangnya tiga (3) tahun atau lebih adalah
  • diutamakan
  • Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
  • ]Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang-bidang berkaitan
  • Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Farmasi Malaysia.
  • Merupakan Ahli Farmasi Berdaftar yang diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia.


PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik UMP berasaskan pengalaman kerja atau kemahiran berkaitan.

SYARAT-SYARAT UMUM

Pemohon-pemohon yang memohon jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam
skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya
dari semasa ke semasa.

TARAF JAWATAN

Jawatan akan dilantik secara Tetap / Kontrak.

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berumur kurang dari 54
tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian dengan mengisi maklumat pemohon di laman
web UMP, E-recruitment UMP - MOHON SEKARANG

PERMOHONAN OLEH PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak
Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masingmasing
dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga (3) tahun terakhir,
salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan ulasan majikan sama ada menyokong atau
tidak permohonan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan
Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Para 18. Sila hantarkan ke alamat berikut :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
CANSELERI TUN ABDUL RAZAK
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PELANTIKAN)


CATATAN AM
  • Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga melalui
  • e-mel yang telah berdaftar dengan UMP.
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan
  • hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  • Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu dinasihatkan
  • mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.


PERMOHONAN ATAS TALIAN
TARIKH BUKA : 10/07/2018
TARIKH TUTUP : 24/07/2018

Download
1. Iklan jawatan
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url