Disebalik Fenomena Gerhana Bulan Atau Gerhana Matahari


DISEBALIK FENOMENA GERHANA BULAN ATAUPUN MATAHARI YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA JANGANLAH KITA MELIHAT IANYA SESUATU YANG SEDAP DILIHAT DAN SESUATU YANG CANTIK APATAH LAGI LANGSUNG TAK AMBIL KISAH.
AKAN TETAPI BERASA TAKUTLAH PERSIAPKAN BEKAL KITA

Gerhana matahari ataupun bulan bukanlah sesuatu perkara yang sedap untuk dilihat dan sesuatu yang cantik kerana Nabi SAW bersabda apabila kamu melihat gerhana hendaklah kamu sembahyang gerhana dua rakaat,hendaklah kamu menangis dan hendaklah kamu takut kepada Allah سبحانه وتعالى.

Pada suatu hari Rasulullah SAW keluar daripada bilik Baginda.Kemudiannya Rasulullah menunaikan sembahyang dan berkhutbah.Pada ketika itu berlakunya gerhana matahari yang mana ketika itu wafatnya anak Baginda iaitu Saidina Ibrahim.

Di dalam khutbah itu Rasulullah SAW mengatakan berlakunya gerhana bulan ataupun gerhana matahari adalah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah سبحانه وتعالى bukannya disebabkan oleh seksaan,bala dan kematian yang berlaku.

Gerhana ketika pada zaman Nabi-Nabi terdahulu amatlah sedikit berlaku maka apabila pada zaman Rasulullah berlakunya gerhana Baginda menyegerakan mengerjakan sembahyang untuk menolak fahaman yang mengatakan gerhana berlaku disebabkan adanya seksaan,bala dan kematian yang berlaku.

Nabi SAW bersabda berlakunya diakhir zaman nanti dekatnya dengan hari kiamat nanti berlakunya banyak gerhana matahari dan bulan.Demikian itulah dalam 10 tahun belakangan ini kita dapati banyaknya berlaku gerhana matahari dan bulan.Ini dalil yang menunjukkan bahawasanya hari kiamat itu semakin dekat dengan kita.

Maka apabila kita melihat gerhana tetapi kita tidak mengambil berat seperti yang disuruh Baginda Nabi maka mereka ini akan lupa pada hari kiamat.Lupanya mereka tentang gerhana ini mengakibatkan lupanya mereka pada hari kiamat untuk berjumpa dengan Allah سبحانه وتعالى.

Sumber: Facebook Islam Agamaku

1 Comments

  1. Subhana Allah, gerhana bulan total sangat menggetarkan hati, untuk umat Muslim jika gerhana matahari atau bulan di sunahkan untuk Shalat gerhana (Kusuf) semoga mendapat Rahman dari Allah.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post