Info Pantas? Join facebook kami Kickstory Join Now!

Mati Pucuk Dan Jenis-Jenis Mati Pucuk

Admin
Image by iamconnctions.com

Mati pucuk adalah keadaan di mana zakar seseorang lelaki tidak dapat menegang (penile erection) ketika ingin melakukan hubungan seks. Ia juga merujuk kepada ketidakupayaan lelaki untuk mengekalkan ketegangan zakar ketika melakukan hubungan seks dengan pasangan mereka untuk tahap yang memuaskan. Ianya sama sekali tidak merujuk kepada keadaan mandul atau pun ketidakupayaan untuk memancutkan air mani atau ejakulasi. Namun, kesemuanya boleh berkait rapat antara satu sama lain. Keadaan ini boleh disedari oleh lelaki tersebut itu sendiri mahupun oleh pasangan.

Baca juga 9 Tanda Lemah Tenaga Batin

Siapa berisiko mati pucuk?

  • kegemukan
  • merokok
  • tidak aktif secara fizikal
  • mengalami masalah kesihatan yang kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan tinggi kolesterol


Jenis -Jenis Mati Pucuk

  1. Zakar langsung tidak mampu menegang. Ia adalah jenis mati pucuk yang gawat dan biasanya berlaku pada kadar 1 dalam 100 lelaki. Ia mati pucuk yang paling di takuti lelaki.
  2. Zakar lembik dan tidak berupaya senggama.  Mani keluar sebelum senggama. Ia adalah jenis mati pucuk yang mendukacitakan. Ia biasa di ubati dan mungkin boleh berpunca dari amalan pemakanan serta kesan psikologi dan penyakit tua.
  3. Zakar tegang tetapi tidak boleh memancutkan mani.  Ia juga termasuk mati pucuk, bukan tanda lelaki itu kuat tenaga batin. Lelaki terpaksa berhenti senggama kerana keletihan dan kejerihan.
  4. Zakar yang tidak tegang seperti biasa.  Ia juga adalah jenis mati pucuk. Ada yang mengelarnya sebagai lemah syahwat atau lemah tenaga batin. Jenis ini akan di hadapi oleh semua lelaki.
Baca juga 9 Punca Mati Pucuk Di Kalangan Lelaki


Rujukan
1. http://www.mmgazette.com
2. Malaysia Urological Association – Clinical Practice Guideline in Erectile Dysfunction

Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.