9 Punca Mati Pucuk Di Kalangan Lelaki

Image from Manual do Homem Moderno

Keupayaan untuk menghasilkan tegangan zakar dan kemaluan bergantung kepada tindakbalas yang memerlukan rangsangan di dalam fikiran dan stimulasi dari luar atau pasangan. Ia juga bergantung kepada kesihatan zakar dari segi fizikal, saluran darah, saraf yang baik dan bekalan hormon yang mencukupi. Justeru, apa jua keadaan yang menjejaskan salah satu faktor di atas boleh menjejaskan keupayaan untuk menegangkan zakar. Ini termasuklah:


  • Ganguan fikiran dan emosi: tekanan dan kemurungan, penyakit gemuruh, masalah rumahtangga, kurang stimulasi dari pasangan.
  • Masalah saraf: kecederaan saraf tunjang, angin ahmar atau strok
  • Penyakit berkaitan saluran darah dan penyakit kronik: kencing manis, darah tinggi, penyakit buah pinggang
  • Kecederaan pada kemaluan atau zakar: kemalangan
  • Masalah kekurangan atau ketidakstabilan hormon: kekurangan hormon testosteron, penyakit berkaitan thyroid
  • Tabiat yang boleh merosakkan saraf dan saluran darah: merokok, minuman alkohol berlebihan
  • Penyalahgunaan dadah: Ganja, kokain (cocaine)
  • Kesan ubat-ubatan tertentu
  • Faktor peningkatan umur

Rujukan
http://www.mmgazette.com - Dr Shaiful