Masa Yang Sesuai Bersenam Semasa Bulan Ramadhan

Image by Telehealth Dave

Bulan ramadhan adalah bulan yang mulia di mana kita diseru untuk melakukan pelbagai amalan. Senaman amat penting kepada kesihatan badan kita walaupun di bulan ramadhan. Tahap latihan kecergasan sepanjang bulan ramadhan mungkin boleh dikurangkan dengan menggurangkan jumlah angkatan beban dan masa juga dikurangkan.

Apakah masa yang sesuai untuk bersenam di bulan ramadhan?

Selepas iftar – masa ini sesuai kerana badan sudah mendapatkan makanan dan minuman yang sedikit, dan boleh dikira macam pre-workout meal. Tetapi ini bergantung kepada berapa banyak masa yang anda boleh luangkan antara Iftar dan sembahyang Tarawih. Untuk sesi ini, anda boleh memilih rutin senaman yang pendek tetapi dengan intensiti yang lebih tinggi

Selepas terawih – kalau tidak terlalu lewat, masa ini juga sesuai untuk melakukan senaman. Makan selapas bersenam, anda boleh membantu pemulihan otot, pertumbuhan otot dan menghilangkan lemak badan.

Sebelum sahur – Ramai mungkin fikir masa ini masa yang paling tidak praktikal untuk bersenam. Jika anda mempunyai disiplin untuk bangun awal untuk melakukan rutin senaman, ini boleh meningkatkan tenaga badan sepanjang hari. Jadi sebelum memulakan senaman, minum air dengan banyak dan makan makanan yang ringan 30 minit sebelum bersenam. Selepas bersenam, minum air dengan banyak dan makan makanan yang padat nutrien untuk memberi anda tenaga sepanjang hari.


Rujukan
1. my.theasianparent.com