11 Tips Ringkas Untuk Mengulangkaji Pelajaran


Pejam celik pejam celik tinggal beberapa hari lagi untuk pelajar UPSR 2018 menduduki peperiksaan. Ulangkaji bolehlah dilakukan bermula sekarang. Jangan pula tunggu di saat-saat akhir untuk mengulangkaji pelajaran. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa doa dan usaha yang berterusan. Baca Tips Ringkas  untuk mengulangkaji pelajaran ini.

Tips Ringkas Untuk Mengulangkaji Pelajaran

  1. Memulakan dan mengakhiri ulangkaji dengan niat dan doa yang baik 
  2. Sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah SWT, ibubapa, guru dan rakan-rakan
  3. Membuat persediaan awal/mengulangkaji lebih awal sebelum peperiksaan
  4. Menyediakan jadual waktu yang fleksibel dan mengikut jadual waktu yang ditetapkan
  5. Menyediakan nota ringkas yang menarik dan mudah dibaca
  6. Belajar mengikut waktu yang sesuai (jangan lupa untuk beriadah juga untuk menghilangkan tekanan/stress)
  7. Belajar untuk mengurus masa dengan baik (Tetapkan subjek apa untuk mengulangkaji setiap hari)
  8. Menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan
  9. Tanya guru jika tidak tahu menjawab soalan/latihan (Jangan malu untuk bertanya)
  10. Membuat latih tubi dengan kerap (ulangkaji soalan-soalan lepas)
  11. Membuat perbincangan  dalam kumpulan (Pilih ahli kumpulan yang baik untuk belajar)

Setiap orang mempunyai gaya belajar yang tersendiri. Ada yang belajar dalam keadaan sunyi, ada yang belajar sambil mendengar muzik dan sebagainya. Apapun gaya pembelajaran kita, pastikan fokus dan matlamat untuk mengulangkaji tercapai. Pastikan belajar untuk TAHU sesuatu yang belum kita tahu.