Apa Yang Perlu Ditulis Dalam Rekod Pengajaran Harian (RPH)?


(1). PENULISAN RPH: APAKAH YANG PERLU DITULIS DALAM RPH?


1. Mata pelajaran, Tingkatan, Masa
2. Tajuk
3. HSP/SP (DSKP)
4. Objektif
5. Aktiviti
6. Refleksi

NOMBOR 4, 5 & 6 WAJIB ada dalam RPH sebab ada disebut dalam pekeliling Bil.3/1999.

NOMBOR 1 & 2 untuk MEMUDAHKAN RUJUKAN guru yang mengajar pelbagai subjek, kelas dan masa mengajar.

NOMBOR 3 untuk memastikan apa yang hendak dijadikan OBJEKTIF PdPc diambil daripada HSP atau SP, bukan suka-suka. Objektif dibina daripada HSP atau SP (DSKP) yang bersifat umum. Objektif perlu lebih SPESIFIK dan BOLEH DILIHAT (diukur) dan tingkah lakunya mesti jelas.

(2). CARA MENULIS AKTIVITI DALAM RPH


Aktiviti yang dirancang mesti MENUNJUKKAN CARA OBJEKTIF DICAPAI.

Aktiviti mesti ditulis DENGAN JELAS DALAM AYAT LENGKAP dan BUKAN hanya menulis perkataan:

1. Soal jawab
2. Perbincangan
3. Penerangan
4. Latihan

SEPATUTNYA AKTIVITI DITULIS DITULIS SEPERTI YANG BERIKUT:

1. Murid dan guru bersoal jawab tentang video yang ditonton.
2. Murid dalam kumpulan meneroka maklumat daripada pelbagai sumber berdasarkan kad arahan.
3. Wakil kumpulan membuat pembentangan.
4. Murid dan guru membuat penambahbaikan dan penjelasan lanjut berserta soal jawab.
5. Murid dalam kumpulan menyelesaikan masalah mengikut aras.
6. Murid dan guru membuat semakan dan peneguhan.

(3). CARA MENULIS OBJEKTIF DALAM RPH

OBJEKTIF mesti dibina berpandu pada:

i. HASIL PELAJARAN (HP) yang terdapat dalam HSP - Tahun 2 hingga 5
ii. STANDARD PEMBELAJARAN (SP) yang terdapat dalam DSKP - Prasekolah, tahun 1 hingga tingkatan 1

OBJEKTIF mesti boleh DIUKUR, SPESIFIK dan boleh DICAPAI dalam ruang waktu PdPc.

OBJEKTIF yang dibina mesti ada PERTIMBANGAN MINIMUM ARAS MURID di dalam kelas yang diajar.

CONTOH MEMBINA OBJEKTIF

SUBJEK BM
12.6 Aras 2 (iii) - Membuat pengubahsuaian idea dan organisasi karangan untuk membina perenggan yang seimbang

OBJEKTIF yang boleh dibina:

Murid akan dapat:
1. Membetulkan sekurang-kurangnya 3 idea yang tidak relevan dalam petikan karangan aktiviti sukan lasak dengan tepat.
2. Menyusun semula sekurang-kurangnya 2 perenggan karangan aktiviti sukan lasak dengan betul dan seimbang.

OBJEKTIF yang boleh dibina:

Murid akan dapat:
1. Menghuraikan sekurang-kurangnya 3 kesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar negara Malaysia berserta contoh dengan tepat.

(4). KRITERIA KEJAYAAN VS OBJEKTIF

Kriteria kejayaan BUKAN objektif.

Kriteria kejayaan digalakkan untuk ditulis tetapi BUKAN WAJIB KECUALI guru di  SEKOLAH AMANAH, SEKOLAH TRANSFORMASI & SEKOLAH PROGRAM TRANSFORMASI.

Kriteria kejayaan ialah cara murid tahu mereka MENCAPAI OBJEKTIF yg telah ditetapkan oleh guru.

Saya kongsikan contoh untuk subjek Bahasa Melayu dan Sains.

Bahasa Melayu
===========

OBJEKTIF:
1. Menulis 1 perenggan isi dgn ayat yg gramatis.

KRITERIA KEJAYAAN:
1. Membentangkan 4 isi berserta 1 huraian dalam kumpulan.
2. Menghasilkan 1 perenggan isi dengan 5 ayat yg lengkap.

Sains
=====

OBJEKTIF:
Murid dpt menghuraikan 3 contoh makanan berdasarkan kepentingannya dgn betul.

KRITERIA KEJAYAAN:
1. Membentangkan 3 contoh makanan mengikut pengelasan kepentingannya.
2. Menjawab sekurang²nya 5 soalan kuiz dgn betul.

(5). REFLEKSI vs IMPAK

REFLEKSI atau IMPAK perlu ditulis setelah berakhirnya satu-satu PdPc.

IMPAK merupakan SEBAHAGIAN drp REFLEKSI.

PERBEZAAN refleksi dengan impak ialah refleksi mencatatkan PENAMBAHBAIKAN yg akan dibuat dalam PdPc akan datang.

CONTOH IMPAK/REFLEKSI

23/26 orang mencapai semua objektif manakala 3/26 tidak mencapai objektif yg kedua dan telah diberikan latihan pemulihan dan akan dibimbing lagi dalam PdPc akan datang.

NOTA
Jika guru melaksanakan pentaksiran TP, guru perlu catatkan jumlah murid yg mencapai TP yg ditaksir dalam REFLEKSI


Terima kasih yang berkongsi info ini. Sumber: Telegram
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url