Jawatan Kosong Penolong Pengarah Gred44 Bahagian Buku Teks


1. Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang
berkelayakan untuk mengisi jawatan di Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

(a) Penolong Pengarah (Pengajian Kejuruteraan Awam)
(b) Penolong Pengarah (Teknologi Pendidikan)

SYARAT KELAYAKAN UMUM

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG44(KUP) yang sedang berkhidmat di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
(b) Telah disahkan dalam perkhidmatan
(c) Bebas dari tindakan tatatertib atau tindakan mahkamah
(d) Mempunyai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang baik untuk tiga
(3) tahun terakhir
(e) Mahir menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint)
(f) Boleh bekerja di luar kawasan

SYARAT KELAYAKAN KHUSUS

3. (a) Jawatan Penolong Pengarah (Pengajian Kejuruteraan Awam)

(i) Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang
Kejuruteraan Awam
(ii) Mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Kejuruteraan Awam
(iii) Mampu melaksanakan tugas secara berkesan dengan pengawasan yang
 minimum

(b) Jawatan Penolong Pengarah (Teknologi Pendidikan)

(i) Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains
 Komputer/Perisian Komputer
(ii) Mempunyai pengalaman dan mahir dalam bidang teknologi pendidikan serta
 bahan digital pengajaran dan pembelajaran.
(iii) Mahir dalam bidang pengurusan perkakasan, sistem rangkaian ICT,
 pengatucaraan komputer serta aplikasi ICT.
(iv) Mampu melaksanakan tugas secara berkesan dengan pengawasan yang
 minimum.

PERMOHONAN

4 (a) Setiap permohonan hendaklah menggunakan borang yang disertakan

(b) Permohonan mestilah melalui Guru Besar/Pengetua / Ketua Jabatan masingmasing
mengikut Perintah Am Bab “A” Perkara 21.

(c) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan Salinan Buku Rekod
Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti yang telah disahkan.

(d) Salinan sijil-sijil, markah prestasi 3 tahun terkini dan lain-lain dokumen berkaitan
hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang permohonan.

(e) Permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan diterima.

(f) Tarikh tutup permohonan ialah pada 4 Mei 2018 (Jumaat)

(g) Semua permohonan hendaklah dihantar kepada :

PENGARAH
BAHAGIAN BUKU TEKS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK E15,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
62604 PUTRAJAYA

CATATAN:

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Calon-calon
yang tidak menerima jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah
menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala perbelanjaan berkaitan temuduga
iaitu kos penginapan, pengangkutan, makan dan minum adalah di bawah tanggungan sendiri.

Muat Turun 

Iklan Kekosongan Jawatan
Borang Permohonan Jawatan


Previous Post Next Post