Tawaran Permohonan Penajaan Cuti Bergaji Penuh 2018

Image by GPSBestari

Tawaran Permohonan Penajaan Atau Cuti Bergaji Penuh 2018. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa/separuh masa di universiti awam dalam negara dan luar negara.

Tawaran permohonan ini dibuka mulai 09.02.2018 hingga 28.02.2018 mulai jam 5.30 petang secara dalam talian sepenuhnya melalui sistem e-Penawaran di https://epenawaran.moe.gov.my.   Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan.

Calon yang sedang berkhidmat di sekolah dinasihatkan untuk mengemaskini terlebih dahulu maklumat di dalam sistem e-Operasi (https://eoperasi.moe.gov.my) untuk memudah dan melancarkan proses permohonan. Manakala calon yang bertugas selain di sekolah boleh terus mengisi dan melengkapkan maklumat yang diminta di dalam borang permohonan sistem e-Penawaran.

https://epenawaran.moe.gov.my



Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sistem e-Penawaran, boleh menghubungi urusetia berikut:

        1. Bahagian Tajaan Pendidikan (pertanyaan umum berkaitan program):

           Telefon (hotline): 03-8321 7138

           E-mel : epenawaran[@]moe.gov.my

       2. Bahagian Pengurusan Maklumat (bantuan teknikal):

           Telefon (hotline): 03-8884 3823/ 03-8884 3674

Sumber: KPM
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url