Tajaan Biasiswa Bank Pembangunan Islam 2018


Bank Pembangunan Islam (IDB) menawarkan biasiswa di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) dan Pasca- kedoktoran secara sepenuh masa dalam bidang yang telah dikhususkan oleh IDB.

Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

Untuk layak mendapat biasiswa ini, pemohon mesti memenuhi kriteria asas seperti berikut:


  • Umur tidak melebihi :


    • (a) 35 tahun untuk Ph.D (mod pengajian penyelidikan)
    • (b) 40 tahun untuk (mod penyelidikan Pasca- Kedoktoran)


  • Mempunyai latar belakang akademik yang diperlukan dalam bidang yang berkaitan dengan kajian / penyelidikan yang dicadangkannya dan mempunyai pengalaman profesional / penyelidikan di bidang masing-masing
  • Menunjukkan usulan penyelidikan mempunyai sumbangan kepada pembangunan negara / institusi dengan tujuan memenuhi keperluan pembangunan yang menjadi keutamaan negara
  • Memiliki penguasaan yang baik dalam bahasa institusi pengajian dan keupayaan untuk menjalankan kajian saintifik di dalamnya.
  • Permohonan disokong oleh institusi pengajian dan borang permohonan ditandatangani, dan dicop oleh Head of institution
  • Melanjutkan pengajian di institusi pengajian terkemuka di negara maju dan negara ahli IDB.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang melanjutkan pengajian ke universiti berikut :


    • University f Cambridge, UK
    • University of Birmingham, UK
    • Queen Mary University of London, UK
    • Imperial College London, UK
    • University College London, UK
    • Copenhagen University, Denmark
    • Princeton University, USA
    • KAUST, Saudi Arabia
    • McGill University, Canada


Untuk syarat kelayakan penuh, sila KLIK DISINI.

Disiplin

Untuk semakan senarai bidang pengajian yang layak dipohon sila KLIK DISINI.

Maklumat Am

  • Yuran pengajian
  • Kos sara hidup
  • Insurans kesihatan
  • Tiket penerbangan pergi dan balik


Cara memohon Biasiswa Bank Pembangunan Islam (IDB) 2018

Pemohon yang berminat untuk memohon boleh klik pautan berwarna biru dibawah mengikut tahap pengajian yang ingin diikuti :




Permohonan mestilah diserahkan sebelum 19 Februari 2018, kepada :

Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan
Bahagian Antarabangsa
Aras 8, Blok Tengah
Kompleksa Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2
62592 Putrajaya
(U.P : Unit Kerjasama Pelbagai Hala 2)

Hubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 0380008000

0 Response to "Tajaan Biasiswa Bank Pembangunan Islam 2018"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel