Flashcard Operasi Matematik Secara Online


Pembelajaran abad ke-21 adalah sungguh mudah jika sekolah menyediakan pelbagai kemudahan seperti laptop, LCD dan sebagainya. Pelbagai kuiz, games, flashcard dan nota secara online boleh ditunjukkan dengan lebih mudah kepada pelajar.

Hari ini saya ingin berkongsi flashcard tentang operasi matematik secara online di mana semua guru boleh menayangkan flashcard operasi tambah kepada pelajar dengan lebih mudah. Strategi pembelajaran ini juga akan dapat meningkatkan minat murid justeru dapat menjimatkan masa guru dalam menyediakan bahan pembelajaran.

Flashcard secara online yang saya maksudkan ialah Fact Monster iaitu pemebalajaran secara interaktif bersama pelajar. Sesuai digunakan jika ada pemantau dari KPM, JPN dan PPD datang. Tak perlu susah payah menyediakan flashcard.

Cikgu-cikgu boleh akses laman web ini https://www.factmonster.com/math/flashcards untuk pembelajaran interaktif. Pelbagai subjek lagi disediakan. Cuma pastikan adakah bahan ini sesuai dengan sistem kurikulum di negara kita atau pun tidak. Ini kerana sumber bahan ini berlatarkan negara luar.

LAMAN WEB : https://www.factmonster.com/math/flashcards


Selamat mencuba.


This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info