Neelofa Lancar Koleksi Tudung Di Zouk


Hari ni enjin carian Google banyak berkisarkan tentang Neelofa dan Zouk. Viral pada hari ini apabila Neelofa melancarkan koleksi tudung terbaru di kelab malam Zouk sehingga mencetuskan kemarahan peminat. Ada peminat yang menyokong dan ada peminat mengkritik Neelofa. Rata-rata netizen marah dengan tindakan Neelofa.

Bagi saya, saya tak pasti sama ada ni adalah gimik bisnes atau pun tidak. Apa-apa pun diharap kita jangan komen apa-apa yang negatif dan menjaga adab kita dalam menegur. Menegur tidak salah tetapi perlulah beradab..Jangan guna perkataan kesat yang mencerminkan diri kita.