Dosa Jariah Melalui Facebook


Tadi mendengar kupasan ceramah berkaitan dengan dosa jariah yang dilakukan tanpa kita sedar. Ramai di kalangan kita sedang dan akan membuat dosa jariah melalui media sosial seperti facebook.  Sebelum ni kita banyak mendengar tentang amal jariah.

Sebenarnya dosa jariah hampir sama dengan amal jariah, tetapi dosa jariah adalah sebuah perbuatan yang akan mengalirkan dosa bahkan sampai  sehingga pelakunya wafat. Dosa jariah melalui facebook seperti mana kita membuat fitnah atau menayangkan gambar aurat kita, selagi mana orang ramai membacanya dan melihatkan,  dosa fitnah tu akan tetap mengalir kepada kita sampai bila-bila jika masih ada orang yang membaca status kita di facebook.

Jadi, untuk mengelakkan kita membuat dosa jariah, marilah kita menyebarkan kebaikkan mungkin dengan memberi kata-kata nasihat, peringatan, hadis, ayat al-quran melalui facebook dan ini mengadi amal jariah kepada kita.

Mungkin ada segelintir manusia akan rasa bosan dengan nasihat, hadis, motivasi dan sebagainya jika kita mengemaskini status di facebook. Mungkin ada yang cakap kenapa mahu tunjuk alim, kenapa sebelum ini tidak lakukan perkara baik seperti ini? Jangan marah jika ada yang mencaci kita, kerana kita sedang menyebarkan kebaikkan untuk diri kita dan orang lain. Mereka suka atau tidak itu terpulang kepada diri mereka sendiri.

Setiap manusia boleh berubah menjadi baik dan boleh berubah menjadi jahat. Jika ada kesempatan untuk menjadi baik, lakukan lah kerana kita tidak tahu bila masanya kita akan dijemput pulang kepada pencipta kita..Jadi gunalah peluang bermedia sosial untuk melakukan amal kebaikan..Ingat tentang hadis ini..

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له

Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).

Setelah kita mengerti tentang apa itu dosa jariah melalui facebook, semoga kita termasuk golongan yang suka melakukan amal jariah dan bukan golongan yang suka berbuat dosa jariah atau pernah melakukanya, serta semoga kita tidak akan melakukan dosa ini sampai bila-bila.




Previous Post Next Post