Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR) 2018


BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN (BPTAR). BPTAR ini dikhususkan untuk pelajar yang berlatarbelakang keluarga miskin bagi menampung kos sara hidup untuk dua (2) semester (10 bulan sahaja) semasa mengikuti pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Syarat-Syarat Permohonan

(i) Warganegara Malaysia.

(ii) Pelajar berdaftar sepenuh masa dalam sebarang pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA tempatan.

(iii) Berlatarbelakang keluarga miskin.

(iv) Pemohon yang sedang menerima bantuan kewangan (pinjaman) masih layak memohon.

Kadar Bantuan Dan Cara Bayaran

Amaun bantuan dan bilangan penerima akan ditentukan oleh Lembaga Pemegang Amanah YTAR dan disalurkan melalui pejabat Hal Ehwal Pelajar IPTA.

Pengesahan Pendapatan Keluarga

Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh Penguasa yang benar-benar mengenali keluarga pemohon seperti Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan ibubapa/penjaga).

Permohonan

Klik DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman. Semua permohonan mesti diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti.

Tarikh permohonan dibuka : 15 Ogos 2018

Tarikh permohonan ditutup : 30 September 2018

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Pemohon yang tidak dihubungi oleh Hal Ehwal Pelajar universiti selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan, sila rujuk Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti (Awam) anda.

(Download borang versi PDF)

p/s: Borang boleh di download apabila tarikh permohonan dibuka

Maklumat lanjut KLIK SINI
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url